Sabtu, 20 Julai 2013

Biskut Buah Campuran

Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Tepung Jaggung ( 1 1/2 Cawan ) 
  • Telur ( Kuning sahaja ) - 1 Biji
  • Esen Vanilla ( 1 Penutup )
  • Ceri ( 1/2 Paket ) Hijau dan Merah
  • Kismis ( 2 Kotak kecil ) - Hiris
  • Kelapa Kering ( Jika mahu ) memberi rasa lemak...
  • Gula Kastor ( 1 Cawan ) nak manis tambah...
  • Marjerin ( 1/2 Mangku )

    Caranya
  • Putarkan gula kastor + marjerin hingga kembang. 
  • Masukan kedua-dua tepung gaulkan hingga rata.Kemudian masukkan Esen Vanilla.
  • Uli hingga menjadi doh campurkan dengan kismis + kelapa kering + ceri.
  • Bulatkan doh dan masukkan dalam acuan . Tekan sedikit seerta cucuk dengan lidi atau garpu supaya dalamnya masak.
  • Bakar dalam suhu 160 hingga 180 darjah celsius  (Atas & Bawah ) selama 15 - 20 minit. Kalau tidak masak tambah masa 3 - 5 minit.

Biskut Kelapa Moden


Bahan 
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan ) (Ayak)
  • Tepung Janggung ( 1 1/2 Cawan ) (Ayak )
  • Gula Kastor ( 1 Cawan ) - Nak manis boleh tambah gula... =)
  • Marjerin ( setengah mangkuk )
  • Ceri ( Hiasan ) nak guna bahan lain pun boleh =)
  • Kelapa Kering (Paket ) (1/2 Mangkuk ) 
  • Esen Vanila (1 penutup)
  • Esen Rose (setengah penutup)
Cara
  •  Putar merjerin bersama gula kastor hingga kembang ( Keputihan sedikit )
  • Kemudian gaul tepung gandum dan tepung jaggung serta kelapa kering. Uli dengan tangan hingga menjadi doh.
  • Rehatkan doh 10 minit.  Kemudian canaikan doh jangan terlalu nipis (agak-agak)
  • Sapu marjerin di permukaan dulang. Letakkan biskut tadi.
  • Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 - 20 minit.