Khamis, 28 Mac 2013

Kerabu Mangga Bersantan


Bahan :
  • Mangga Muda ( 1 Biji ) - Hiris Halus 
  • Bawang Besar ( 1 biji )
  • Kerisik ( 4 sudu Besar )
  • Cili Padi ( 6 biji ) - Hiris
  • Belacan ( 1 sudu Besar )
  • Santan ( 200 gram )
  • Garam
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
Caranya 
  1. Hiris buah mangga tadi. Cucu dengan garam. Kemudian rendam dengan cuka untuk mengekalkan keranggupannya. Biarkan seketika.
  2. Hiris bawang dan cili padi. Sementara itu masak kerisik hingga garing kemudian ditumbuk tidak terlalu halus.
  3. Bakar belacan hingga keluarkan bau dan garing sedikit.
  4. Masukan mangga yang telah dibilas semula dan ditos, cili padi, bawang besar, kerisik, garam, perasa dan gula.Gaul sebati. Kemudia masukkan santan.
  5. Hidangkan mengikut kreativiti anda. SELAMAT MENCUBA !!! (^_^ )