Isnin, 6 Mei 2013

Murtabak Roti


Bahan 

  • Roti Putih ( Buang bahagian tepi ) - 1 Paket
  • Telur 4 biji (saiz A)
  • Isi Ayam (cincang/dadu )*
  • Daging (Cincang/dadu)*
  • Rempah Kari (1 sudu Besar )*
  • Cili Kering (mesin) (1 Sudu Besar)*
  • Bawang Merah ( Dadu ) ( 1 Biji )
  • Bawang Putih ( Dadu ) (2 Ulas )
  • Majerin
  • Garam dan Gula
Caranya 

Inti
  • Cairkan majerin masukan kesemua bahan bertanda (*). Masakkan hingga kesemua bahan bersatu.
  • Angkat dan asingkan. Pecahkan telur. Gaulakan telur bersama bahan tadi berserta garam, gula dan bawang merah & putih. Kacau rata.
Murtabak
  • Sapukan marjerin secara rata. Susun roti supaya penuh bahagian (Gunakan pemanggang ajaib) kemudian tuangkan telur tadi dan ratakan. Tutup dengan roti dihagian atas pula.Susun seperti dibahagian bawah.
  • Masak antara 10 - 15 minit dengan api yang sederhana. Angkat dan potong.
Selamat Mencuba !!!