Rabu, 3 Julai 2013

Ayam Goreng Rempah


Bahan
  • Ayam ( 4 -5 Ketul )
  • Rempah Kari ( 1/2 paket )
  • Cili Kering ( Kisar ) ( 2 sudu Besar )
  • Garam & Perasa secukup rasa
Cara
  • Gaulkan ayam dengan cili kering dan rempah kari. Perap selama 20 - 30 minit.
  • Campurkan dengan garan , gula atau perasa.
  • Goreng Ayam dengan api yang sederhana hingga garing.


Petola Goreng Telur


BAHAN 
  1. Petola ( 1 Biji )
  2. Telur ( 1 Biji )
  3. Bawang Merah & Putih (Kisar)
  4. Garam dan perasa
CARA
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih.
  • Kemudian masukan petola dan telur.
  • Gaulkan hingga rata.


Asam Pedas Ikan Pari


Bahan :~
  • Ikan Pari ( 1 Ekor )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Air Asam Jawa ( 2 - 3 Cawan )
  • Bendi ( 4 Batang )
  • Halba ( 1 sudu kecil )
  • Bawang Merah ( Hiris )
  • Bawang Putih (Hiris )
  • Halia ( 1 cm ) (Hiris)
  • Lada Hitam ( 5 - 6 biji ) (Tumbuk Kasar )
  • Serbuk Kunyit ( 1 Sudu Kecil )
  • Garam , Perasa atau Gula ( Ikut kesukaan anda )
Cara :~
  • Panaskan minyak. Tumiskan Bawang Merah & Putih bersama halba serta halia. Tunggu hingga naik baunya.
  • Masukkan Cili dengan kunyit dan lada hitam. Tunggu hingga cili masak dan agak garing sedikit.
  • Kemudian masukan Ikan Pari biarkan Ikan setengah masak sebentar.
  • Masukan pula Air Asam Jawa. Biarkan ia mendidih,apabila mendidih masukkan pula Bendi . Biarkan ia mereneh 20 - 30 minit.
  • Kemudian masukan garam dan perasa.