Sabtu, 6 Julai 2013

Sata


Bahan 
  • Kelapa Parut ( 1/ 2 Biji )
  • Daun Kunyit ( Hiris ) - 1 Helai
  • Serbuk Kunyit
  • Daun Pisang
  • Garam  dan Gula
  • Cili Kering Kisar ( 1 sudu Besar )
  • Tepung Ubi ( 2 Sudu Besar )
  • Udang ( boleh juga menggunakan bahan selain udang )
Cara
  • Gaulkan Kelapa Parut + Daun Kunyit + Serbuk Kunyit + Cili Kering + Tepung Ubi + Udang + Gula + Garam.
  • Kisar sediktit jika mahu.  Buatkan acuan dengan daun pisang.
  • Kemudian Kukus selalam 30 - 35 minit.


Ikan Duri Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak


Bahan :
  • Ikan Duri ( 1 Ekor ) - Saiz sederhana - Goreng dahulu
  • Santan ( 1 Biji )
  • Tempoyak  ( 1 Mangkuk Kecil )
  • Cili Padi ( 5 - 10 Tangkai )
  • Garam / Gula / Perasa
  • Serbuk kunyit ( 1 sudu Kecil )
  • Bawang Merah & Putih ( 2 - 3 sudu besar )
Cara
  • Masukkan Air bersama bawang + serbuk kunyit + cili padi. Biarkan ia mendidih.
  • Kemudian masukan tempoyak. Tunggu mendidih seketika sahaja. Masukkan pula santan. 
  • Kacau supaya santan tidak pecah minyak dan masukkan Ikan duri yang telah digoreng. Kemudian masukan garam secukup rasa.
  • Biarkan seketika.




Rempeyek Rempah


Bahan
  • Tepung Beras ( 2 Cawan )
  • Santan ( 3 sudu Besar )
  • Telur ( 1 biji ) 
  • Kapur ( secubit )
  • Garam (secukup rasa )
  • Kacang Tanah ( 1 mangkuk kecil )
  • Ikan Bilis ( 1 mangkuk kecil )
  • Jintan Manis ( 3 sudu Besar )
Cara
  • Campurkan tepung beras + santan + garam + kapur dan air hingga sebati. Jangan terlalu cair.
  • Panaskan minyak . Kemudian letakkan tepung tadi diatas acuan . Kemudian letakkan kacang tanah + ikan bilis + jintan manis. 
  • Celupkan ke dalam minyak. Biarkan hingga ia terkeluar dengan sendiri daripada acuan.
  • Kemudian goreng hingga kuning keemasan.