Isnin, 3 Jun 2013

Bebola Ayam parutan Oren dengan Sos Lada Hitam


BAHAN
  • Isi Ayam ( Kisar ) ( 1 Mangkuk )
  • Tepung Campuran ( 3 Sudu Besar )
  • Garam ( secukupnya )
  • Serbuk Lada Hitam ( 1 Sudu Kecil )
  • Sos Lada Hitam
  • Parutan Kulit Buah Oren
CARA
  1. Campurkan isi ayam + tepung campuran (2 sudu ) + Garam + Serbuk Lada Hitam + Parutan kulit Oren
  2. Gaulkan kesemua bahan. Kemudian golekan bebola dengan lebihan tepung (1 sudu ) . Goreng bebola hingga kuning keemasan.
  3. Angkat bebola & asingkan.
  4. Panaskan Sos Lada Hitam dengan sedikit air. Didihkan hingga pekat. 
  5. Masukan bebola tadi dan gaul sebati.
SELAMAT MENCUBA !!!


Kek Lapis Masam Manis dengan Oreo


Bahan 
  • Tepung Gandum (1 Cawan setengah ) - Ayak dahulu supaya tepung ringan
  • Majerin ( 1 Mangkuk )
  • Telur ( 4 biji ) saiz A
  • Esen Vanilla ( 1 sudu kecil )
  • Hawflakes ( 2 paket )
  • Biskut Oreo ( 1 paket )
  • Baking Powder  (1 Sudu Kecil)
  • Soda Berkabonat ( 1 sudu Kecil)
  • Gula ( 1 Mangkuk )
#kesemuanya menggunakan mangkuk saiz kecil #

Cara
  1. Masukan Majerin dan Gula. Putar hingga kembang dan keputihan.
  2. Masukan telur satu persatu dan esen vanila putar hingga sebati.
  3. Masukan pula Tepung Gandum sedikit demi sedikit.
  4. Asingkan tepung kepada tiga warna atau lebih mengikut citarasa anda.
  5. Panaskan oven 5 minit. 
  6. Sapukan permukaan loyang dengan majerin dan rata.
  7. Masukan tepung warna kuning dan letakkan hawflakes diatasnya.
  8. Bakar selama 15 mint pada suhu 170 c. Kemudian masukkan tepung lapisan kedua berwarna hijau ratakan dan letakkan biskut oreo. Bakar lagi.
  9. Akhir sekali masukan tepung warna merah dan ratakan. Letakan hawflakes diatasnya. Bakar selama 20 - 30 minit dalam 180'c.
  10. Anggaran masa kek dalam 2 -3 jam.
Selamat Mencuba ! =)