Isnin, 8 Julai 2013

Red Velvet Cake



Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 1/2 Cawan )
  • Gula Kastor ( 1 1/2 Cawan )
  • Telur ( 4 Biji )
  • Esen Vanilla ( 2 Penutup )
  • Mentega ( Butter ) - 100 Gram
  • Cuka Putih ( 1 Sudu Besar )
  • Serbuk Koko ( 1 Sudu Kecil )
  • Pewarna Merah Terang ( 1 Sudu Besar )
  • Krim Keju ( Creame Cheese ) - 100 Gram
  • Gula Ising ( 1 Cawan )
  • Gula manik pelangi (utk hiasan)
  • Biskut Bangkit Segera (1 paket ) (Hiasan) *nak guna bahan lain selain ini juga dipersilakan*
Cara
  1. Putarkan Mentega + Gula Kastor hingga kembang ( keputihan ) .Apabila telah kembang masukkan pula telur satu persatu. Putarkan sederhana.
  2. Kemudian masukkan pula esen vanilla + cuka putih + serbuk koko. 
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar secara sederhana. 
  4. Masukan pula pewarna putar sebati. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 45 minit.
  6. Apabila kek siap dimasakan biarkan ia sejuk. Tekan kek dengan pinggan saiz lebar supaya kek sama rata.
Cara ( Krim Keju / Creame Cheese )
  1. Masukan cream cheese ( krim keju ) bersama gula ising. Putar sehingga ia kembang .
  2. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk untuk direhatkan seketika.
Ambil kek dan potong dibahagian tengah untuk meletakkan krim tadi. Sapu secara perlahan dan rata. Letakan pula gula pelangi diatasnya bersama biskut bangkit tadi. Anda juga boleh menghias kek mengikut citarasa yang diinginkan. (^_^)






Wajik Durian


Bahan
  • Pulut Susu ( 1/2 Kilo )
  • Santan ( 1 Biji )
  • Gula Pasir ( 3 Cawan )
  • Gula Merah ( 2 Cawan )
  • Daun Pisang (  5 Helai )
  • Daun Pandan ( 1 Helai ) 
  • Durian ( Isi Sahaja 5 - 6 Biji )
Cara
  • Kukus pulut  yang telah direndam semalaman dengan daun pisang selama 30 - 45 minit atau hingga masak.
  • Apabila pulut tadi masak biarkan seketika. Masukkan Air +Isi Durian + Daun Pandan + Gula Merah dan Gula Pasir. Biarkan ia cair dan sedikit mendidih. Apabila mendidih masukkan pula Santan. Biarkan ia mendidih dan kacau.
  • Selepas itu, masukkan pulut yang telah dikukus. Gaulkan hingga sebati dan likat.