Ahad, 2 Jun 2013

Nasi Pandan bersama Rendang, Ayam Masak Merah & Acar Darat

Bahan

NASI PANDAN
  • Moghul Basmathi ( Beras )
  • Santan (1/2 Biji )
  • Daun Pandan
  • Air ( seceukupnya )
  • Garam
Cara 
  1. Masukan beras basmathi moghul + garam + santan + air & daun pandan
  2. Biarkan beras masak sepenuhnya
RENDANG AYAM
  • Ayam (1/2 Ekor )
  • Serai (1 Tangkai )
  • Lengkuas ( 5 cm )
  • Rempah Rendang
  • Bawang Merah dan Puith ( Kisar )
  • Santan ( 1 - 2 Biji Kelapa )
  • Cili Kering ( Kisar ) - 4 -5 Sudu )
Cara
  1. Masukkan Bawang Merah + Putih + Santan + Serai + Lengkuas + Rempah Rendang + Cili Kering.
  2. Masak hingga ia mendidih sedikit . Kemudian masukan Ayam kerana ayam mudah dimasak berbanding daging.
  3. Kacau setiap 15 - 20 minit. 
  4. Masak hingga sebati dan pekat. Kalau nak cair boleh juga ikut citarasa anda.
AYAM MASAK MERAH
  • Ayam ( 4 - 5 Ketul ) - Goreng dahulu
  • Cili Kering ( Kisar ) 
  • Bawang Merah dan Putih ( Hiris )
  • Gula
  • Garam
  • Sos Cili
Cara
  1. Tumiskan bawang merah & putih.
  2. Masukanc cili. Tunggu cili garing sedikit dan berubah warna (cili sudah masak ) .
  3. Masukan gula, sos cili dan garam secukupnya.
  4. Akhir sekali masukan Ayam yang telah digoreng, gaul rata.
ACAR DARAT 
  1.  Timun ( potong )
  2. Lobak Merah (potong )
  3. Bawang Merah ( Hiris )
  4. Cili Merah dan Hijau ( Hiris Nipis )
  5. Gula
  6. Cuka
Cara
  • Masukan timun + lobak merah + Bawang Merah + Cili Merah dan Hijau +Gula + Cuka.
  • Gaulkan sebati. Simpan dalam peti sejuk seketika bagi mendapat rasa yang enak.