Ahad, 22 Disember 2013

Ayam Masak Merah (2)

Bahan 
  • Ayam ( 1/2 Ekor / Potong saiz sederhana / Goreng  )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Tomato Puri / Tomato Paste ( 2 Sudu Besar )
  • Bawang Besar ( 1/2 biji / Hiris )
  • Bawang Putih ( 2 Ulas / Hiris )
  • Gula
  • Garam
Cara
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar & putih hingga warna keemasan dan wangi.
  • Masukkan Cili kisar tadi & Paste tomato. Biarkan cili masak dan garing.
  • Masukkan Ayam yang telah digoreng
  • Gaul rata.


Kari Campuran


Bahan
  • Serbuk / Rempah Kari ( 1 paket )
  • Serbuk Cili ( 1/2 paket)
  • Bawang Besar ( 1/2 biji ./ Hiris )
  • Bawang Putih (2 ulas / Hiris )
  • Buah Pelaga (4 biji )
  • Halba ( 1 sudu kecil )
  • Kulit kayu Manis ( 1 batang )
  • Bunga Lawang ( 1 biji )
  • Kentang ( 3 Biji / Dadu )
  • Kacang Panjang ( 4 )
  • Ayam ( Dadu )
  • Lobak Merah ( 1/2 Biji )
  • Santan ( 1/2 Biji )
Cara
  • Panaskan minyak. Masukan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, halba, kulit kayu manis. Biarkan hingga sedikit garing.
  • Masukan rempah yang digau dengan serbuk cili + air. Biarkan ia rempah garing.
  • Masukan Ayam + Lobak Merah & Kentang dan air secukupnya
  • Biarkan hingga empuk
  • Masukkan garam dan santan. Kacau sebentar,
  • Masukkan kacang panjang. Biarkan 5 - 8 minit sahaja.



Rojak Campur


Bahan
  • Telur (2 biji / Rebus )
  • Lobak Merah (1/2 biji /  Hiris )
  • Kentang ( 2 biji / Rebus / Dadu )
  • Sekuang (1/2 biji / Hiris )
Cara
  • Campurkan kesemua bahan
  • Gaul rata