Isnin, 1 Julai 2013

Ikan Pari Bakar dengan Air Asam


Bahan 
  • Ikan Pari ( 1 Ekor )
  • Madu ( 1 Sudu Besar )
  • Garam
  • Gula Merah
  • Air Asam Jawa
  • Cili Padi (10 batang) - Hiris
  • Bawang Besar (1/2 Biji ( Dadu )
  • Tomato ( 1/2 Biji (Dadu)
Cara 
  1. Perapkan Ikan Pari dengan madu + gula merah + Garam selama setengah jam.
  2. Kemudian bakar ikan dengan api sederhana  10 - 15 minit.
  3. Sediakan air asam jawa dicampur dengan bawang besar , tomato dan cili padi. Gaul sebati dengan garam dan gula sedikit.


Sup Ikan Baru-Baru


Bahan :~
  • Ikan Baru-Baru ( 2 Ekor )
  • Air
  • Bawang Putih - 3 biji (Hiris )
  • Bawang Merah 1 biji (Hiris)
  • Halis ( 1-2 cm ) - Hiris
  • Kulit Kayu Manis - 1 Batang
  • Bunga Lawang (1 kuntum )
  • Halba ( 1/2 sudu kecil )
  • Buah Pelanga ( 4 biji)
  • Garam
  • Ajinomoto (jika mahu) / Gula
  • Tomato 2 biji - Hiris
  • Daun Sup ( 1 batang)
Cara:~
  • Tumiskan bawang merah + putih, kulit kayu manis, halia, bunga lawang, buah pelaga dan halba.
  • Apabila kesemua bahan berbau wangi masukan pula Ikan Baru-baru bersama Air.Air ikut kesesuaian samada dalam 3 -4 mangkuk air (mangkuk besar).
  • Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan garam,gula atau ajinomoto.
  • Kemudian masukan tomato & daun sup.