Sabtu, 29 Jun 2013

Sambal Lemak Pucuk Kaduk


Bahan
  • Cili Kering Kisar ( 1 Mangkuk Besar  )
  • Bawang Putih dan Merah ( Kisar )
  • Pucuk Kaduk 
  • Santan ( 1 Biji )
Caranya
  • Masukan Bawang merah dan putih + cili kisar + dan sedikit air. Didihkan seketika ( tak perlu ditumis )
  • Kemudian masukkan pula santan. Gaul sebati tunggu hingga mendidih dan santan tadi mengeluarkan minyak. 
  • Kemudian masukkan pucuk kaduk tunggu mendidih sekali lagi. 



Mini Mango Pavlova


Bahan
  •  Telur ( Putih sahaja ) - 4 Biji (gred A)
  • Mangga ( Hiris / dadu ) - 1 Biji
  • Gula Kastor ( 2 Sudu Besar)
  • Perahan Jus Lemon ( 1 Sudu Besar) 
  • Tepung Kastard ( 2 Sudu Besar )
  • Majerin ( 3 Sudu Besar )
Caranya
  • Putar Putih telur hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit gula. Masukan perahan jus lemon. Kemudian telingkupkan mangkuk supaya putih telur benar-benar kembang. Jika ia tidak jatuh maknanya ia sedia utk dibakar.
  • Sapukan marjerin atau gunakan kertas pembakar kerana ia akan melekat di permukaan. 
  • Letakkan adunan pada jarak yang jauh kerana ia akan naik dan mengembang.
  • Kemudian bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 - 40 minit. 
  • Sementara adunan dibakar, sediakan sos kastard. Letakan marjerin tunggun separa cair masukkan tepung kastard dengan air supaya ia tidak pekat. Kacau pada api perlahan.
  • Kemudian angkat dan sejukkan.
  • Apabila adunan tadi siap dibakar. Keluarkan. Biarkan seketika. Hiaskan dengan sos kastrd tadi bersama buah mangga diatasnya.