Isnin, 29 April 2013

Pasta dengan Stik Daging


Bahan
  • Pasta ( Rebus )
  • Daun Sup atau Daun Ketumbar ( Racik Halus )
  • Krim Cendawan  Berkeju (Segera) - Prego atau Lain2
  • Daging ( Kisar )
  • Sos Lada Hitam
Cara ( Pasta )
  • Rebuskan Pasta hingga lembut.
  • Toskan Pasta.
  • Masukkan Air ke dalam periuk dicampur dengan Krim Cendawan. Tunggu hingga mendidih. Masukan dalam mangkuk.
  • Kemudian, ambil pasta dan tuangkan krim tadi. Gaulkan. Tabur Daun Bawang atau Daun Ketumbar atau sebagainya terpulang kepada anda.
Cara ( Stik Daging )
  • Daging (Kisar)
  • Masukkan tepung gandum sedikit dan gaul rata.
  • Bentukkan ikut kesukaan anda.
  • Kukus selama 30 minit.
  • Kemudin tunggu sedikit sejuk.Masukkan ke dalam peti ais.
  • Biarkan dalam 1 jam.
  • Kemudian ambil majerin dan bakar daging.
Cara ( Sos Lada Hitam )
  • Masukan air ( 2 Cawan )
  • Masukan Sos Lada Hitam.
  • Gaulkan hingga agak pekat dan mendidih.
  • Celupkan stik dengan sos yang dimasak.
Selamat Mencuba !!