Sabtu, 18 Januari 2014

Stim Layer Egg with Chicken Curry / Telur Lapis Kukus dengan Ayam Dadu Berkari


Bahan :~
  • Telur ( 2 biji ) / Gred A  (Dadar)
  • Bawang Merah & Putih (Kisar)/ 1/2 sudu besar sahaja
  • Rempah Kari (2 Sudu Besar)
  • Ayam (Dadu)
  • Kentang (Dadu)
  • Salad (Hiasan/ Jika mahu)
  • Serbuk Lada Hitam
  • Gula
  • Garam
Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang kisar tadi. Masukan Rempah kari + Ayam + Kentang dan sedikit air. Biarkan hingga empuk.
  2. Masukan garam + gula.
  3. Angkat dan asingkan apabila siap dimasak.
  4. Sementara itu, panaskan periuk pengukus dalam 10 - 15 minit.
  5. Sediakan bekas. Masukan lapisan pertama telur(agak-agak/1 biji drpd telur tadi). Biarkan telur tadi dikukus sempurna.
  6. Kemudian masukan bahan yang telah dimasak tadi. (Ayam Dadu Berkari).
  7. Kemudian tuangkan lebihan telur tadi diatasnya. Taburkan serbuk Lada hitam sedikit. Biarkan sehingga masak.
  8. Hiaskan dengan salad / mengikut kreativiti anda.
Selamat Mencuba !!!! (^_^)