Isnin, 8 April 2013

Udang Sarang Semut bersama Sos Lada Hitam


Bahan 
  • Udang ( 10 Ekor ) 
  • Tepung Jaggung ( 5 sudu Besar ) *
  • Tepung Ubi ( 1 sudu Kecil ) *
  • Air *
  • Serbuk Penaik ( Soda Berkabonat ) *
  • Garam, Gula / Perasa *
  • Lada Hitam (3 sudu ) - Tumbuk
  • Santan / Susu Cair
Caranya 
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) . Gaulkan rata jangan terlalu pekat. Tunggu dalam 10 minit - 15 minit. 
  • Sementara itu, panaskan minyak. Celupkan Udang bersama bahan yang telah siap dicampur.
  • Goreng hingga garing dan kuning keemasan. Jika tepung tidak melekat pada udang, tuangkan sedikit demi sedikit.
  • Kemudian masakan sos lada hitam. Campurkan lada hitam yang telah siap ditumbuk, santan, gula, garam dan perasa. Panakan hingga pekat. Boleh juga masukkan sedikit tepung jagung. SELAMAT MENCUBA..! (^_^)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan