Khamis, 20 Jun 2013

Mini Butter & Choclate Scones


Bahan
  • Tepung Gandum ( 2 Cawan ) - Diayak 
  • Butter (boleh juga guna marjerin ) - ( 1/2 Cawan )
  • Susu kotak UHT ( agak-agak )
  • Esen Vanilla ( 1 Penutup )
  • Gula Kastor ( 1 cawan )
  • Soda Berkabonat ( 1 sudu Kecil )
  • Serbuk Penaik (Baking Powder ) - 1 Sudu Besar
  • Serbuk koko
  • Coklat - Nutella
Cara
  • Tepung Gandum di gaul dengan butter (didadu ) hingga sebati dan gembur. Masukan pula esen vanilla, soda berkabonat dan serbuk penaik. Gaulkan hingga rata.
  • Masukkan pula susu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
  • Bahagi doh menjadi 2.. Masukan serbuk koko dan uli sebati.
  •  Biarkan sekejap dalam 10 minit.
  • Sapukan dulang pembakar dengan marjerin dan ratakan. Bentukkan doh tadi bulat dan sebesar 2 - 4 cm. 
  • Letakan doh dalam dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit. Jika tidak masak sepenuhnya bakar lagi
  • Kemudian angkat dan belah bahagian tengan scones. 
  • Sapukan coklat atau apa sahaja yang anda suka.
Selamat Mencuba ! =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan