Isnin, 22 Julai 2013

Almond London


Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 Mangkuk Kecil )
  • Tepung Jagung (1 1/2 Mangkuk )
  • Telur (Kuning sahaja)
  • Esen Vanilla (1 Penutup penuh )
  • Serbuk Badam ( 4 - 5 sudu Besar )
  • Majerin ( 4 sudu Besar )
  • Gula Kastor ( 1 Mangkuk )
  • Coklat Nutella ( 7 - 8 Sudu Besar ) *nak guna cooking choclate pun boleh*
  • Krim Keju ( Cream Chesse ) *Hiasan
  • Badam ( Kisar ) *Hiasan
  • Badam ( 500 gram )*diletak dalam doh
Cara
  1. Putarkan Majerin dan Gula kastor hingga sebati tak perlu putar hingga kembang.
  2. Masukan telur + esen vanilla. Gaulkan.
  3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + serbuk badam. Uli hingga menjadi doh & tidak melekat pada tangan. Jika doh masih melekat tambahkan tepung jagung.
  4. Betukan doh mengikut saiz kesukaan anda. Kemudian masukan juga badam didalamnya.
  5. Panaskan oven selama 5 - 8 minit (160 darjah celcius).
  6. Sapukan majerin diatas dulang pembakar. Letakkan doh tadi.
  7. Bakar kuih antara 15 - 20 minit * 180 darjah celcius.
  8. Apabila masak. Biarkan ia sejuk seketika.
  9. Masakan coklat + air 2 - 3 sudu besar sahaja(Nutella) . Jika cooking choclate cairkan coklat secara double boiling.
  10. Kemudian celupkan biskut kedalam coklat & letakan didalam bekas mengikut citarasa anda.
  11. Hiaskan biskut tadi dengan cream chesse dan badam. *Hiasan terpulang pada anda*
SELAMAT MENCUBA !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan