Jumaat, 14 Februari 2014

Daging Rebus Sambal Kelapa


Bahan 
  • Daging  1/2kg  ( Rebus )
  • Kelapa Parut ( Putih sahaja / 1/2 Biji / Halus )
  • Air Asam Jawa ( 1/2 cawan atau lebih  )
  • Cili Padi ( 5-6 Biji / Hiris )
  • Cili Padi Kisar ( 7 - 8 Biji )
  • Belacan ( 1- 2 inchi / Bakar dahulu )
  • Bawang Besar ( 1 Biji / Hiris )
  • Tomato ( 1/ Biji/ Hiris / Dadu )
  • Garam
  • Gula
  • Perasa ( Jika mahu )
Caranya
  1. Rebuskan daging tadi yang di hiris sederhana nipis hingga empuk.
  2. Gaulkan Cili Padi dengan bahan lain iaitu Air Asam Jawa + Kelapa + Bealcan +Garam, Perasa (jika mahu) dan Gula.
  3. Kelapa juga boleh dikisar jika mahu atau kisar bahan yang digaul sekali jika mahu. Bergantung kepada kehalusan kelapa parut. Jika kelapa kasar kisar sekali lagi untuk medapatkan hasil seperti gambar tersebut.
  4. Kemudian masukkan pula bawang besar dan tomato tadi. Gaul hingga rata. Jika terlalu pekat tambahkan dengan air suam.
Selamat Mencuba.



Ahad, 9 Februari 2014

Keli Goreng Tepung Berempah


Bahan 
  • Ikan Keli ( 2 Ekor )
  • Serbuk Rempah ( Kari Ikan / 2 Sudu Besar )
  • Garam ( Secukupnya )
  • Kunyit ( Secukupnya )
  • Tepung Gandum ( 4 Sudu Besar )
  • Bawang Besar ( Hiris / Bulat / 1/2 Biji )
  • Daun Kari ( 5 - 6 helai )
Cara
  • Gaulkan ikan keli dengan Serbuk kari + Kunyit + Garam + Tepung Gandum
  • Gaul rata. Biarkan 10 - 15 minit.
  • Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Goreng Bawang Besar & Daun Kari 3 - 5 minit sahaja.
  • Letakkan diatas Ikan Keli.

Sabtu, 18 Januari 2014

Stim Layer Egg with Chicken Curry / Telur Lapis Kukus dengan Ayam Dadu Berkari


Bahan :~
  • Telur ( 2 biji ) / Gred A  (Dadar)
  • Bawang Merah & Putih (Kisar)/ 1/2 sudu besar sahaja
  • Rempah Kari (2 Sudu Besar)
  • Ayam (Dadu)
  • Kentang (Dadu)
  • Salad (Hiasan/ Jika mahu)
  • Serbuk Lada Hitam
  • Gula
  • Garam
Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang kisar tadi. Masukan Rempah kari + Ayam + Kentang dan sedikit air. Biarkan hingga empuk.
  2. Masukan garam + gula.
  3. Angkat dan asingkan apabila siap dimasak.
  4. Sementara itu, panaskan periuk pengukus dalam 10 - 15 minit.
  5. Sediakan bekas. Masukan lapisan pertama telur(agak-agak/1 biji drpd telur tadi). Biarkan telur tadi dikukus sempurna.
  6. Kemudian masukan bahan yang telah dimasak tadi. (Ayam Dadu Berkari).
  7. Kemudian tuangkan lebihan telur tadi diatasnya. Taburkan serbuk Lada hitam sedikit. Biarkan sehingga masak.
  8. Hiaskan dengan salad / mengikut kreativiti anda.
Selamat Mencuba !!!! (^_^)