Bahan
- Daging 1/2kg ( Rebus )
- Kelapa Parut ( Putih sahaja / 1/2 Biji / Halus )
- Air Asam Jawa ( 1/2 cawan atau lebih )
- Cili Padi ( 5-6 Biji / Hiris )
- Cili Padi Kisar ( 7 - 8 Biji )
- Belacan ( 1- 2 inchi / Bakar dahulu )
- Bawang Besar ( 1 Biji / Hiris )
- Tomato ( 1/ Biji/ Hiris / Dadu )
- Garam
- Gula
- Perasa ( Jika mahu )
Caranya
- Rebuskan daging tadi yang di hiris sederhana nipis hingga empuk.
- Gaulkan Cili Padi dengan bahan lain iaitu Air Asam Jawa + Kelapa + Bealcan +Garam, Perasa (jika mahu) dan Gula.
- Kelapa juga boleh dikisar jika mahu atau kisar bahan yang digaul sekali jika mahu. Bergantung kepada kehalusan kelapa parut. Jika kelapa kasar kisar sekali lagi untuk medapatkan hasil seperti gambar tersebut.
- Kemudian masukkan pula bawang besar dan tomato tadi. Gaul hingga rata. Jika terlalu pekat tambahkan dengan air suam.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan