Isnin, 29 April 2013

Pasta dengan Stik Daging


Bahan
  • Pasta ( Rebus )
  • Daun Sup atau Daun Ketumbar ( Racik Halus )
  • Krim Cendawan  Berkeju (Segera) - Prego atau Lain2
  • Daging ( Kisar )
  • Sos Lada Hitam
Cara ( Pasta )
  • Rebuskan Pasta hingga lembut.
  • Toskan Pasta.
  • Masukkan Air ke dalam periuk dicampur dengan Krim Cendawan. Tunggu hingga mendidih. Masukan dalam mangkuk.
  • Kemudian, ambil pasta dan tuangkan krim tadi. Gaulkan. Tabur Daun Bawang atau Daun Ketumbar atau sebagainya terpulang kepada anda.
Cara ( Stik Daging )
  • Daging (Kisar)
  • Masukkan tepung gandum sedikit dan gaul rata.
  • Bentukkan ikut kesukaan anda.
  • Kukus selama 30 minit.
  • Kemudin tunggu sedikit sejuk.Masukkan ke dalam peti ais.
  • Biarkan dalam 1 jam.
  • Kemudian ambil majerin dan bakar daging.
Cara ( Sos Lada Hitam )
  • Masukan air ( 2 Cawan )
  • Masukan Sos Lada Hitam.
  • Gaulkan hingga agak pekat dan mendidih.
  • Celupkan stik dengan sos yang dimasak.
Selamat Mencuba !! 


Ahad, 28 April 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan 
  • Ikan Pari ( 8 Keping )
  • Cili Kering ( Kisar)
  • Lada Hitam ( 10 Biji) - Tumbuk jangan terlalu halus
  • Air Asam Jawa ( 1 Mangkuk )
  • Daun Kesum ( 5-6 Helai)
  • Terung ( Bulat Kecil) / Bendi
  • Bawang Putih dan Merah ( Ditumbuk)
  • Serbuk Kunyit (1 Sudu Kecil)
  • Minyak Masak
Cara
  1. Panaskan minyak ( 1/2 Cawan ). Tumis bawang merah kemudian bawang putih bersama lada hitam.
  2. Tunggu naik baunya. Masukkan Cili Kering yang sudah dikisar.Tunggu Cili masak.Masukkan serbuk kunyit.
  3. Masukkan Ikan Pari. Gaul sebentar.
  4. Masukkan Air Asam Jawa. Tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan Daun Kesum dan Terung. Biarkan hingga terung agak empuk.
  6. Masak dalam 30-45 minit.



Crispy Curry Potato


Bahan :~
  • Kentang ( 2Biji ) - Potong
  • Serbuk Kari (1 Sudu Besar )
  • Tepung Campuran ( 1 Cawan )
  • Garam
  • Minyak Masak
  • Air
Caranya :~
  • Gaulkan Tepung Campuran + Air + Serbuk Kari + Garam.
  • Panaskan Minyak Masak.
  • Celup kentang dengan Tepung yang sudah digaul sebati.
  • Goreng hingga kuning keemasan.



Khamis, 18 April 2013

Sambal Tomato Goreng


Bahan
  1. Ikan Bilis
  2. Cili Merah ( hiris )
  3. Tomato (Hiris)
  4. Bawang Merah (Hiris)
  5. Cili Padi ( 2 batang ) (Hiris )
  6. Garam
Caranya
  • Panasakan minyak masak. 
  • Goreng Ikan Bilis hingga garing.
  • Masukkan tomato,bawang merah, Cili Padi, Cili Merah dan Garam secukup rasa.
  • Gaulkan hingga agak garing.
  • Tinggu sejuk sedikit.
  • Kemudia masukan bahan yang di goreng ke dalam mesin pengisar.
  • Kisar hingga kesemua bahan bersatu. Halus / Kasar mengikut citarasa anda.
Selamat Mencuba !!! (^_^)


Sayur Goreng Kicap


Bahan 
  • Kicap Pekat/ Kicap Manis
  • Sayur Kancang Panjang 
  • Tempe
  • Lobak Merah
  • Garam , Gula & Perasa
  • Bawang Merah dan Putih ( Hiris )
  • Isi  Ayam & Pedal Ayam ( Dadu )
Cara
  • Tumiskan bawang.
  • Masukan isi ayam dan pedal
  • Tunggu isi ayam dan pedal masak
  • Masukan kacang panjang dan lobak merah. Biarkan ia merenih seketika
  • Masukan tempe, kemudia tuangkan kicap.Gaulkan hingga rata.
Selamat Mencuba !! (^^,)


Ikan Kembung Panggang Mudah


Bahan 
  • Ikan Kembung ( 3 Ekor ) 
  • Kunyit
  • Garam
Caranya 
  1. Gaulkan Ikan bersama kunyit dan garam.
  2. Panggang himgga masak.




Sabtu, 13 April 2013

Begedil Ayam


Bahan :~
  • Kentang ( 3 biji -Saiz Besar )
  • Isi Ayam ( Cincang Halus )
  • Serbuk Penaik (Soda Berkabonat )
  • Esen Vanilla (1 penutup )
  • Telur ( 2 biji )
  • Serbuk Lada Hitam
  • Lobak Merah ( Dadu Halus )
  • Kacang Panjang ( Hiris Halus )
  • Garam
  • Bawang Merah ( Kisar )
Caranya :~
  • Rebuskan kentang bersama Isi Ayam. Bila kentang sudah empuk , leyekkan.
  • Masukan serbuk lada hitam. lobak merah,kacang panjang, , garam dan bawang merah serta serbuk penaik dan esen vanilla. Gaulkan hingga sebati.
  • Kacau telur bersama serbuk lada hitam. 
  • Bentukkan kentang seperti bola dan leperkan sedikit.
  • Panaskan minyak masak. 
  • Celupkan kentang yang dibentuk dengan telur.
  • Goreng hingga warna keemasan.
Selamat Mancuba (^^,) 


Tempe Goreng Berempah


Bahan :~
  • Tempe ( 2 Paket )
  • Tepung Serbaguna 
  • Jintan Manis
  • Garam
  • Perasa ( Jika mahu )
Caranya
  1. Campurkan tepung serbaguna bersama air. Masukkan Jintan manis, garam dan persasa.
  2. Celupkan Tempe yang telah dipotong mengikut citarasa anda.
  3. Gorengkan hingga garing.
Selamat Mencuba (^_^)


Khamis, 11 April 2013

Crispy Mushrooms / Cendawan Ranggup


BAHAN 
  • Cendawan ( 200 gram )
  • Tepung Ubi ( 1 Cawan )
  • Tepung Jangung ( 3 sudu Besar )
  • Jintan Manis 
  • Ketumbar
  • Lada Hitam ( Tumbuk sedikit sahaja ) - 5- 10 biji
  • Garam, Perasa & Gula
  • Serbuk Kunyit
Caranya
  1. Rendamkan cendawan dengan garam dahulu.
  2. Semetara itu, sediakan tepung untuk menggoreng. Masukan tepung Ubi + Tepung Jaggung + Jintan Manis + Ketumbar + Lada Hitam + Serbuk Kunyit +Garam + Perasa & Gula . Gaulkan kering tidak dicampur dengan air.
  3. Panaskan minyak masak ( setengah daripada saiz kuali ). Basuhkan cendawan tadi serta toskan.
  4. Celupkan cendawan dengan tepung. Goreng hingga warnanya keemasan.
SELAMAT MENCUBA !!! (^^,)


Kerabu Tauge Mangga


BAHAN 
  • Tauge
  • Mangga Muda ( Hiris )
  • Bawang Merah ( Hiris )
  • Santan
  • Udang Kering ( Tumbuk )
  • Garam , Gula ( Secukup rasa )
CARA
  • Celurkan tauge dan toskan.
  • Masukkan mangga, tauge, udang kering, bawang merah, gula & garam.
  • Gaul rata. Kemudian masukkan santan.Gaul sekali lagi.
SELAMAT MENCUBA (^_^)


Selasa, 9 April 2013

Mee Goreng Basah

Bahan 
  • Mee Goreng ( 1/2 paket )
  • Cili Kering ( 8 sudu Besar )
  • Isi Ayam ( Dadu )
  • Daun Bawang ( 3 Helai )
  • Bawang Putih ( 3 Ulas ) - Dititik sahaja
  • Bawang Kecil ( 1 biji ) - Dititik sahaja
  • Kicap Manis ( 1 sudu )
  • Sos Ikan ( 1 sudu Besar )
  • Bawang Goreng
  • Timun
  • Tomato
  • Air
Caranya
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik baunya. 
  2. Masukan cili kering serta ayam. Tunggu cili masak.
  3. Masukkan Mee . Gaul rata. Masukkan Air  dan Sos Ikan . Tuangkan kicap manis.
  4. Kacau. Angkat.
  5. Letakan bwang goreng, tomato dan timun. SELAMAT MENCUBA.. =) 


Isnin, 8 April 2013

Udang Sarang Semut bersama Sos Lada Hitam


Bahan 
  • Udang ( 10 Ekor ) 
  • Tepung Jaggung ( 5 sudu Besar ) *
  • Tepung Ubi ( 1 sudu Kecil ) *
  • Air *
  • Serbuk Penaik ( Soda Berkabonat ) *
  • Garam, Gula / Perasa *
  • Lada Hitam (3 sudu ) - Tumbuk
  • Santan / Susu Cair
Caranya 
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) . Gaulkan rata jangan terlalu pekat. Tunggu dalam 10 minit - 15 minit. 
  • Sementara itu, panaskan minyak. Celupkan Udang bersama bahan yang telah siap dicampur.
  • Goreng hingga garing dan kuning keemasan. Jika tepung tidak melekat pada udang, tuangkan sedikit demi sedikit.
  • Kemudian masakan sos lada hitam. Campurkan lada hitam yang telah siap ditumbuk, santan, gula, garam dan perasa. Panakan hingga pekat. Boleh juga masukkan sedikit tepung jagung. SELAMAT MENCUBA..! (^_^)


Jumaat, 5 April 2013

Ondeh - Ondeh


Bahan 
  • Tepung Pulut ( 8 Sudu Besar )
  • Tepung Janggung  ( 2 sudu Besar )
  • Kelapa Parut ( setengah biji )
  • Gula Kabung ( 1 biji )
  • Garam
Caranya
  1. Masukan tepung Pulut & Jaggung. Gaulkan hingga menjadi doh. Bentukkan an isi dengan gula.
  2. Panaskan Air Rebusan hingga mendidih. 
  3. Masukkan doh tadi. Tunggu hingga naik keatas ( masak ) . Toskan sedikit.
  4. Sementara itu, masukkan kelapa parut dengan garam. Gaulkan.
  5. Ondeh-ondeh tadi digaul bersama kelapa. SELAMAT MENCUBA.. =)


Khamis, 4 April 2013

Nasi Ayam


BAHAN ( NASI )
  • BERAS ( 4 CAWAN )
  • LOBAK MERAH
  • DAUN BAWANG
  • GARAM
  • AIR REBUSAN AYAM
BAHAN ( AYAM GORENG )
  • AYAM ( 8 KETUL )
  • KICAP ( 8 SUDU BESAR )
  • GULA
  • SOS TIRAM
BAHAN ( SUP )
  • AYAM
  • AIR
  • KULIT KAYU MANSI
  • BUNGA LAWANG
  • BAWANG MERAH & PUTI H ( HIRIS )
  • HALIA
  • BUAH PELAGA
BAHAN ( KUAH CILI )
  • CILI
  • BAWANG PUTIH ( KISAR )
  • GULA
  • AIR ASAM JAWA
  • GARAM
BAHAN ( KUAH KICAP )
  • KICAP PEKAT
  • CILI PADI (KISAR)
  • GULA
CARANYA 
  1. NASI
  • BERAS DIBASUH DAHULU. MASUKAN BERAS DENGAN AIR REBUSAN AYAM BERSAM GARAM. TUNGGU NASI MASAK. TABURKAN LOBAK MERAH (HIRIS) 
2. AYAM GORENG
  • LETAKAN AYAM, KICAP, SOS TIRAM DAN GULA. PERAP SELAMA 30 MINIT ATAU LEBIH. 
  • PANASKAN MINYAK MASAK. GORENG HINGGA GARING DAN MASAK.
3. SUP
  • PANASKAN PERIUK. MASUKKAN MINYAK MASAK. TUMISKAN BAWANG MERAH 7 PUTIH, KULIT KAYU MANIS, BUAH PELAGA, BUNGA LAWANG DAN HALIA HINGGA WANGI. KEMUDIAN MASUKKAN AYAM  BERSAMA AIR. TUNGGU MENDIDIH MASUKKAN GARAM. MASAK SELAMA 30 - 45 MINIT.
4 .KUAH CILI
  • MASUKAN CILI, BAWANG PUTIH, AIR ASAM JAWA & GULA SERTA GARAM. GAULKAN KESEMUA BAHAN. KEMUDIAN MASAKAN DI DAPUR. MASAK 20 -30 MINIT.
5 .KUAH KICAP
  • KISAR CILI PADI BERSAMA AIR MASAK. KEMUDIAN ASINGKAN DALAM MANGKUK SERTA LETAKKAN KICAP DAN GULA. 
~ SELAMAT MENCUBA !!! ~ (^_^)


Puding Kastard Bersos


Bahan 
  • Tepung Kastard ( 1 Cawan )
  • Telur ( 2 Biji ) - Kuning sahaja
  • Santan ( 1 biji )
  • Susu ( Krim / Kotak )
  • Jaggung ( Tin ) - 2 Sudu 
  • Esen Vanilla
  • Gula 
  • Gula Merah ( sedikit sbg perhiasan )
Cara 
  • Masukan tepung kastard, telur, santan ( setengah sahaja), gula dan susu (1 cawan kecil), agak-agak jangan terlalu cair.. Gaulkan sebati.
  • Sementara itu, panaskan pengukus.
  • Tuangkan bahan kedalam acuan. Kukus 15 - 20 minit
  • Kemudia masakan sos. Masukkan Susu ( kotak )  1 atau 2 cawan, gula dan tepung kastard satu sudu besar, esen vanila Masak dengan api perlahan. Tunggu sehingga agak pekat sedikit.
  • Angkat Puding yang telah siap dikukus. Masukkan kedalam piring/pinggan. Letakkan krim jaggung (Tin) . Taburkan gula merah. Tuangkan sos tadi sekililingnya. Selamat Mencuba !! =)


Rabu, 3 April 2013

Sambal Telur Goreng


Bahan
  • Telur ( 3 Biji )
  • Cili Kering ( Dikisar )
  • Bawang Merah & Putih ( Hiris )
  • Air Asam Jawa (4 sudu besar )
  • Minyak Masak
  • Garam & Gula
Caranya 
  1. Panaskan minyak masak. 
  2. Tumiskan bawang merah & putih
  3. Masukan Cili Kering. Tunggu cili masak ( bertukar warna )
  4. Masukan Air Asam Jawa.
  5. Masukkan Gula. Tunggu sektika.
  6. Masukan Garam. Masak sehingga 20 - 30 minit.
SELAMAT MENCUBA ! =)