Rabu, 29 Mei 2013

Kari Ayam dengan Labu Air


Bahan
  • Ayam ( 8 Ketul )
  • Labu Air ( Setengah Biji )
  • Serbuk Kari Ayam ( 1 Paket ) - Gaull bersama cili kering kisar, bawang meah dan putih kisar dan sedikit air
  • Bawang Merah & Putih ( Hiris)
  • Santan ( 1 Biji Kelapa )
  • Daun Kari ( 4-5 helai )
Cara
  • Tumiskan bawang merah dan putih yang dihiris dan daun kari. Masukan serbuk kari yang telah dicampur bahan-bahan dinyatakan.
  • Tunggu rempah garing. Masukan Ayam. Masukan  air untuk kuahnya. Masukan garam dan Santan.
  • Tunggu mendidih masukan pula labu air. Didihkan sekali lagi.


Sotong Goreng Tepung bersama Daun Kunyit & Kari


Bahan
  1. Sotong ( 6 Ekor ) - Hiris
  2. Tepung Beras ( 1 Cawan )
  3. Daun Kari ( 6 helai ) - Racik
  4. Daun Kunyit ( 1 Helai - Kecil ) - Racik
  5. Garam dan Gula
  6. Pewarna Kuning
  7. Serbuk Penaik ( Soda Berkarbonat )
Cara
  • Gaulkan Tepung Beras + Air + Daun Kunyit + Daun Kari
  • Masukan serbuk pewarna (jika mahu)
  • Masukan Garam & Gula
  • Celupkan Sotong dengan Tepung yang digaul tadi.
  • Masak sotong hingga garing supaya tidak liat.

Kangkung Goreng Belacan dengan Udang


Bahan :~
  • Kangkung ( Seikat )
  • Udang ( saiz sederhana ) - 7-8 Ekor
  • Cili Merah + Cili Padi ( 3-4 tangkai ) - Tumbuk
  • Belacan ( 1 Sudu Teh )
  • Air Asam Jawa ( 1 sudu Besar )
  • Garam dan Gula.
  • Bawang Merah dan Putih ( Hiris )

 Caranya :~

  • Tuniskan bawang merah & putih. Masukkan udang. Tunggu udang kemerahan. 
  • Masukan cili merah dan padi yang telah ditumbuk. Tunggu sedikit garing masukan air asam jawa dan belacan. Tunggu mendidih.
  • Masukan garam dan Gula.
  • Gaul sebati.


Selasa, 28 Mei 2013

Tomyam Kung


Bahan
  1. Udang ( 15 Ekor )
  2. Sotong ( 2 Ekor )
  3. Isi Ayam (Dadu)
  4. Cili Padi ( 10 batang )
  5. Lobak Merah ( Setengah Batang ) - Hiris 
  6. Tomato ( 1 Biji )
  7. Kobis ( Setengah ) - Hiris
  8. Serai ( 2 Batang ) - Titik
  9. Perencah Tomyam Kung (Adabi)
  10. Bawang Putih dan Merah ( Ditumbuk Kasar )
  11. Air Limau Nipis
Cara
  • Tumiskan Bawang Merah & Putih serta Serai (1 batang)
  • Masukan perencah tomyam. Biarkan seketika
  • Masukkan Air. 
  • Tunggu mendidih sebentar. Masukan Isi ayam, Udang, Sotong dan Lobak Merah serta Serai ( 1 batang ). Kemudian masukan daun limau purut.
  • Tunggu mendidih. Masukan air Limau Nipis & Cili Padi.
  • Akhir sekali maskukan kobis dan tomato.

Isnin, 20 Mei 2013

Kuih Kasuei


Bahan :~
  • Tepung Gandum (1/2 kg )
  • Santan ( 1 Biji )
  • Gula Merah ( 2 Cawan )
  • Gula Pasir ( 2 Cawan )
  • Kelapa ( parut )
Caranya :~
  • Masukkan Tepung Gandum + Santan + Gula Merah + Gula Pasir. Kacau hingga rata.
  • Tapiskan tepung supaya tekstur halus atau mesin.
  • Tuangkan ke dalam loyang/ bekas yang sesuai.
  • Kukus dalam 20 - 30 minit.
  • Apabila sejuk, potong mengikut saiz kesukaan anda. Gaulkan dengan kelapa.


Sabtu, 18 Mei 2013

Nasi Goreng Ayam


Bahan :~
  • Nasi Ayam
  • Kuah Cili
  • Garam
  • Sup
  • Ayam Goreng
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Bawang merah & putih ( Kisar)
  • Tomato 
  • Timun
Caranya :~
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih.
  • Masukan kuah cili. Masukan Nasi Ayam
  • Gaulkan. Masukkan garam.
  • Goreng hingga garing.
  • Hiaskan dengan sup, ayam, daun bawang & bawang goreng...


Lempeng Kelapa


Bahan :
  • Tepung Gandum
  • Kelapa
  • Garam
  • Air
Caranya
  • Masukkan tepung gandum, air dan garam
  • Gaul sebati.
  • Goreng hingga masak ( api sederhana )


Selasa, 7 Mei 2013

Bebola Daging Berempah


Bahan 
  • Daging Lembu ( Kisar ) (1 Mangkuk )
  • Bawang Putih (2 Ulas )
  • Lada Hitam (Serbuk ) ( 1 Sudu Teh )
  • Garam (1 sudu Teh )
  • Tepung Gandum ( 2 Sudu Besar )
Caranya
  1. Campurkan daging bersama bawang putih , serbuk lada hitam garam dan tepung gandum.
  2. Gaul rata
  3. Panaskan minyak masak. Bentukkan daging (bulat) dan goreng dengan api sederhana.


Pancake Pisang Berkaramel dengan Marshmallow


 Bahan 
Pancake Pisang
  • Pisang ( 3 Biji ) - Saiz Besar - Kisar / Lenyek
  • Gula Merah ( 1 sudu Besar )
  • Tepung Gandum / Tepung Naik Sendiri 
  • Soda Berkabonat ( Serbuk Penaik ) ( 2 Sudu Besar ) - Jika guna Tepung Gandum
  • Telur ( 1 Biji )
  • Gula Pasir ( 2 Sudu Besar )
  • Garam ( 1 sudu Teh )
  • Mentega ( 1 Sudu )
Sos Karamel
  • Mentega / Majerin ( 4 Sudu Besar )
  • Susu Cair (Tin) ( 3ml  ) 
Cara
Pancake Pisang

  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Biarkan selama 1 jam.
  • Masak pancake didalam kuali kecil dengan api sederhana.
Cara 
Sos Karamel
  • Marjerin / Mentega dimasukan bersama Susu cair. 
  • Panaskan dengan api sederhana dan kacau sebati hingga pekat.
  • Hdangkan bersama Pancake tadi.
Mashmallow beli dah siap.. =D . Selamat Mencuba !!!! 

Isnin, 6 Mei 2013

Murtabak Roti


Bahan 

  • Roti Putih ( Buang bahagian tepi ) - 1 Paket
  • Telur 4 biji (saiz A)
  • Isi Ayam (cincang/dadu )*
  • Daging (Cincang/dadu)*
  • Rempah Kari (1 sudu Besar )*
  • Cili Kering (mesin) (1 Sudu Besar)*
  • Bawang Merah ( Dadu ) ( 1 Biji )
  • Bawang Putih ( Dadu ) (2 Ulas )
  • Majerin
  • Garam dan Gula
Caranya 

Inti
  • Cairkan majerin masukan kesemua bahan bertanda (*). Masakkan hingga kesemua bahan bersatu.
  • Angkat dan asingkan. Pecahkan telur. Gaulakan telur bersama bahan tadi berserta garam, gula dan bawang merah & putih. Kacau rata.
Murtabak
  • Sapukan marjerin secara rata. Susun roti supaya penuh bahagian (Gunakan pemanggang ajaib) kemudian tuangkan telur tadi dan ratakan. Tutup dengan roti dihagian atas pula.Susun seperti dibahagian bawah.
  • Masak antara 10 - 15 minit dengan api yang sederhana. Angkat dan potong.
Selamat Mencuba !!! 



Jumaat, 3 Mei 2013

Ayam Penyet


Bahan 
  1. Ayam ( 4 Ketul saiz Sederhana )
  2. Ketumbar ( 3 sudu Besar )
  3. Jintan Manis ( 1 Sudu Teh )
  4. Jintan Putih ( 1 sudu Teh )
  5. Halia ( 2 cm )
  6. Bawang Putih (4 Ulas )
  7. Serbuk Kunyit (1 sudu Teh )
  8. Serbuk Kari Daging ( 1 sudu Teh )
  9.  Garam (secukup rasa)
Cara
  • Rebuskan Ayam 
  • Campurkan kesemua bahan diatas kecuali Ayam. Kisar atau tumbuk.
  • Toskan Ayam yang direbus. Perapkan Ayam dengan semua bahan yang telah dikisar/tumbuk tadi.
  • Perap ayam semalaman.
  • Goreng ayam tersebut.


Khamis, 2 Mei 2013

Kurma Daging Bermadu


Bahan
  • Daging ( 300 gram )
  • Kentang ( 2 Biji ) - Potong ikut kesukaan anda
  • Bawang Besar ( 2 Biji ) - Belah empat
  • Bawang Kecil dan Putih ( Hiris )
  • Cili Merah
  • Rempah Kurma ( 1 Paket kecil )
  • Kulit Kayu Manis ( 2 Batang )
  • Buah Pelaga ( 3 -4 biji )
  • Bunga Lawang ( 2 )
  • Madu Asli ( 1 Sudu )
  • Santan ( 1 biji Kelapa ) / Susu Cair ( 1 Cawan )
  • Minyak Masak
Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang kecil dan putih. Tunggu naik baunya, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan rempah kurma. Tunggu rempah masak (warna berubah )
  2. Masukkan daging dan kentang. Masukkan air supaya daging & kentang empuk.
  3. Apabila daging empuk, masukkan madu. Gaulkan.
  4. Kemudian masukkan santan. Kacau sebati supaya santan tidak naik minyak.
  5. Masukkan Cili Merah dan Bawang. Biarkan seketika dalam 3-5 minit.
Selamat Mencuba (^^,)


Kerabu Perut


Bahan 
  • Perut Lembu ( Dibersihkan dan Rebus hingga lembut )
  • Kerisik ( Tumbuk )
  • Cili Padi ( 10 - 15 tangkai )
  • Tomato ( 1 Biji ) - Dadu
  • Bawang Merah ( Hiris )
  • Air Limau Nipis ( 1 Sudu kecil )
  • Gula dan Garam
Caranya
  1. Campurkan kesemua bahan sekali
  2. Gaul hingga rata.