Khamis, 31 Januari 2013

Ikan Percik


BAHAN
  • Ikan Kembung atau sebagainya ( Rebus /  Panggang )
  • Garam & Perasa ( ajinomoto )
Kuah 
  • Santan
  • Serai
  • Gula Merah
  • Garam
  • Gula pasir
  • Bawang Merah & Putih ( Kisar )
CARANYA 
  • Rebus / panggang Ikan.. Asingkan dan letakkan dalam pinggan
  • Kuah pula masukkan kesemua bahan. Masak hingga mendidih.
  • Tuangkan kuah diatas Ikan.


Bebola Ayam Crispy


BAHAN ~

Bebola Ayam
  • Ayam ( Dikisar . Jangan terlalu halus )
  • Biskut Lemak / Jaggung ( mesin hancur )
  • Tauhu ( Hancurkan )
  • Garam 
  • Gula 
  • Serbuk Lada Hitam
Kentang Putar 
  • Kentang ( Rebus bersama Kulit )
  • Lada Hitam (tumbuk / serbuk )
  • Garam
CARA ~

Bebola Ayam Crispy 
  1. Gaulkan ayam + serbuk lada hitam + tauhu + Garam + Gula
  2. Bulatkan.
  3. Celupkan dengan Biskut yang telah dihancurkan
  4. Goreng hingga garing & masak
  5. Pastikan api perlahan.
Ketang Putar
  1. Masukkan Kentang + Lada Hitam + Garam & sedikit air.
  2. Putarkan hingga pekat & halus.


Isnin, 21 Januari 2013

Char Keow teow

Bahan :~
  • Keow Teow ( rendam air panas dahulu )
  • Bawah Merah & Putih ( Titik sahaja )
  • Kicap Pekat
  • Cili ( satu sudu kecil )
  • Tepung Jaggung ( 1/2 sudu )
  • Udang
  • Tauge 
  • Telur
  • Air
  • Garam
  • Kacang Tanah ( Tunbuk )
Cara :~
  • Tumiskan bawang. Masukkan kicap, udang & cili & air.
  • Tunggu mendidih masukkan Keow teow. Masukan tepung jaggung.
  • Masukkan Telur & Garam.
  • Tungkan dalam pinggan, Taburkan kacang tanah yg ditumbuk tadi


Ahad, 20 Januari 2013

Nasi Faire Sauter

BAHAN :~
  • Beras
  • Bawang Merah & Bawang Putih ( Hiris )
  • Daun Kari
  • Bawang Goreng ( paket )
  • Halia ( Hiris )
  • Garam
  • Perasa ( Ajinomoto )
  • Pewarna ( Kuning ) - jika mahu
CARA :~
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang, halia & daun kari hingga berbau.
  2. Alihkan periuk ke 'rice cooker '. Masukkan Beras, perasa, pewarna & garam.
  3. Biarkan hingga masak.
  4. Taburkan bawang goreng diatasnya.



Sabtu, 19 Januari 2013

Ikan Bawal Tiga Rasa

Bahan :~
  • Ikan Bawal ( Besar )
  • Bawang Putih & Merah ( kisar )
  • Halia ( Hiris nipis )
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Lobak Merah ( Dadu )
  • Bunga Kobis ( Dadu )
  • Kacang Panjang ( Dadu )
  • Air Asam Jawa
  • Garam / Gula / Perasa
Cara : ~
  1. Gorengkan Ikan Bawal hngga garing & masak.
  2. Asingkan Ikan tersebut.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dikisar.
  4. Masukkan Cili yang dikisar & Halia.
  5. Masukan sos tiram ( satu sudu saja ) & Sos Cili & Tomato.
  6. Masukan Gula. Tunggu mendidih.
  7. Masukan bunga kobis, lobak merah & kacang panjang. ( Dadu )
  8. masak hingga pekat. 
  9. Sedikan pinggan untuk meletakkan ikan.
  10. Tuangkan kuah yang telah dimasak tadi diatasnya.


Keropok Laksa

Bahan ~
  • Laksa ( Paket) 
  • Minyak Masak
  • Serbuk kari / Gula ( Perasa ) ~ terpulang pada anda.
Cara ~
  1. Panaskan Minyak.
  2. Patahkan Laksa
  3. Goreng hingga ia spt keropok
  4. Toskan.
  5. Taburkan serbuk kari ( Perasa )


Jumaat, 18 Januari 2013

Bihun Goreng

Bahan
  1. Bihun ( 1 paket )
  2. Bawang Merah & Putih ( Hiris )
  3. Cili Kering ( Kisar ) 3 sudu
  4. Ikan Bilis ( Tumbuk Lumat )
  5. Kicap
  6. Ayam ( dadu ) ~ isi
  7. Garam / Perasa / Gula
  8. Telur ( Dadar )
  9. Cili Merah ( Hiris )
  10. Bawang Goreng
  11. Limau (sambal)
Cara
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang
  • Masukkan isi ayam, cili (kisar), Ikan Bilis yang telah ditumbuk.
  • Tunggu ayam masak. masukkan kicap & air
  • Tunggu hingga mendidih. Masukkan Bihun.
  • Gaul rata & masukkan garam, perasa & gula ( jika mahu )
  • Angkat. Letakkan telur , cili merah, bawang grg , limau diatasnya.


Khamis, 17 Januari 2013

Bingka Roti bersama Durian

BAHAN ~
  • Tepung Gandum
  • Tepung Ubi
  • Gula
  • Durian ( isi sahaja )
  • Air ( secukupnya )
  • Roti ( potong kecil / hancurkan )
  • Telur 2 biji
CARANYA ~
  • Gaulakan kesemua bahan hingga sebati.
  • Bakar selama 15 -25 mnt ( ikut saiz loyang )


Chicken Ball Yasai sarada

BAHAN ~
  • Ayam ( dikisar jangan terlalu halus )
  • Tepung gandum ( 1/2 sudu )
  • Serbuk Lada Hitam
  • Lobak Merah ( Hiris panjang )
  • Tauge
  • Bawang Merah 
CARA
  • Gaulkan ayam bersama serbuka lada hitam & sedikit tepung gandum.
  • Bulatkan adunan. Bakar hingga masak.
  • Kemudian bakar pula lobak merah, tauge & bawang hingga keemasan.
  • Susun semua m'gikut citarasa anda.


Rabu, 16 Januari 2013

Paprik Ayam

BAHAN ~
  1. Ayam
  2. Kacang
  3. Kobis
  4. Cili Padi
  5. Tomato
  6. Sos Tiram
  7. Kicap Pekat
  8. Air Limau Nipis
  9. Cili Kering ( Kisar)
  10. Bawang Merah & Putih
  11. Garam / Gula
CARA ~
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili ( kisar). Tunggu cili agak garing & masak.
  • Masukkan ayam. tunggu ayam agak masak.
  • Masukkan kicap, sos tiram & air.
  • Tunggu mendidih. Masukkan Kobis , Kacang Panjang, Lobak Merah ( carrot)
  • Garam , gula & cili padi. Biarkan seketika.
  • Masak antara 30 - 45 mnt.


Selasa, 15 Januari 2013

Ayam Percik

BAHAN 
( Ayam Percik )
  1. Ayam
  2. Serai (Tumbuk )
  3. Gula
  4. Garam
( Kuah )
  1. Kacang Tanah ( Tumbuk )
  2. Serai ( Tumbuk )
  3. Gula Merah
  4. Gula Pasir
  5. Air Asam Jawa
CARA :~
( AYAM PERCIK )
  • Perapkan ayam dgn semua bahan ( 30 - 45 mnt )
  • Bakar sehingga masak
(KUAH KACANG)
  • Masukan air asam jawa, bawang merah & putih ( dikisar ), masukkan kacang.
  • Tunggu mendidih, masukan pula gula pasir, gula merah.& serai.
  • Tunggu pekat.


Khamis, 10 Januari 2013

Terung Bakar

BAHAN
  • Terung
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
CARA
  1. Gaulkan terung bersama serbuk lada hitam & Garam
  2. Bakar selama 10 - 15 mnt.


Ketam Masak Lemak Cili Padi

BAHAN
  1. Ketam
  2. Santan
  3. Cili Padi ( Tumbuk )
  4. Bawang Merah & Putih ( Tumbuk )
  5. Kunyit ( Serbuk )
  6. Garam, Gula
  7. Air
CARA
  • Masukkan air, cili padi, kunyit & bawang. Tunggu mendidih.
  • Masukkan Ketam. Tunggu ketam setengah masak.
  • Masukkan Santan, garam, gula / perasa.
  • Kacau supaya santan tak pecah minyak.
  • Masak antara 30 - 45 mnt.


Agar - Agar Santan Berlapis

Bahan 
  • Agar-agar
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Gula
  • Pewarna ( Hijau / terpulang pada anda )
CARA
  • Letakkan air
  • Masukkan agar-agar. Tunggu mendidih. Masukkan daun pandan.
  • Masukkan gula. Tunggu agar-agar sebati.
  • Asingkan kedalam bekas/ periuk lain
  • Acuan 1 masukkan pewarna & gaul rata.
  • Dalam periuk pula tuangka santan & gaul sebati bersama agar-agar.
  • Mula-mula tuangkan agar2 warna hijau. Tunggu agak keras kemudian tuangkan pula lapisan atas.

Selasa, 8 Januari 2013

Kerabu Mangga

BAHAN 
  • Mangga ( Hiris Panjang dan Halus )
  • Sos Sotong
  • Cili Padi ( Hiris Halus )
  • Gula 
  • Kacang Tanah ( Tumbuk )
  • Belacan
CARA 
  1. Gaulkan kesemua bahan.
  2. Biar seketika supaya bahan semua sebati.


KARI SOTONG

BAHAN
  • Sotong
  • Rempah Kari
  • Santan
  • Air
  • Kentang
  • Daun Kari
  • Bawang Besar dan Putih ( Hiris )
CARA
  • Tumiskan bawang. & Daun Kari
  • Masukan rempah ( tunggu garing )
  • Masukkan Air
  • Masukkan sotong.
  • Masukkan Kentang
  • Tunggu semua masak.
  • Masak antara 30 - 45 mnt.


Cempedak Goreng

BAHAN
  • Cempedak
  • Tepung Gandum
  • Tepung Jaggung 
  • Garam
  • Gula
  • Pewarna Kunung ( jika mahu )
CARA
  • Campurkan kedua-dua tepung.
  • Kacau sebati bersama air jangan terlalu cair
  • Masukan pewarna.
  • Masukkan garam & gula
  • Panaskan minyak & Goreng.


Isnin, 7 Januari 2013

Sambal Petai Udang

BAHAN 
  • Petai ( buang kulit )
  • Cili ( Kisar )
  • Udang
  • Bawang Merah & Putih ( Hiris )
  • Air Asam Jawa
CARA
  1. Panaskan mnyak
  2. Tumiskan bawang hingga naik baunya
  3. Masukan Cili. Tunggu hngga m'didih
  4. Masukan Udang & Petai
  5. Masukkan Air Asam Jawa
  6. Tunggu Mendidih / masak.
  7. Masak dalam 30 - 45 minit.


Ahad, 6 Januari 2013

Kuih Getas

BAHAN ~
  1. Tepung Pulut
  2. Kelapa Parut
  3. Air Garam
  4. Gula
  5. Gula Halus
CARA  ~
  • Campurkan kesemua bahan kecuali gula halus
  • Gaulkan sehingga menjadi doh
  • Leperkan doh
  • Goreng dalam minyak panas
  • Taburkan Gula Halus diatasnya.


Seafood Tortilla / Torttila Makanan Laut

BAHAN
  • Garlic Wrap
  • Sotong
  • Udang
  • Kobis
CARA
  • Gorengkan Udang & Sotong dengan tepung
  • Letakkan Kobis
  • Masukan sotong & udang yg di grg
  • Gulungkan.
  • Letakkan sos cili diatasnya ( jika mahu )


Sabtu, 5 Januari 2013

Sambal Udang

BAHAN
  • Udang
  • Cili ( mesin )
  • Bawang Merah & Putih
  • Air Asam Jawa
  • Minyak Masak
  • Garam & Gula
CARA
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan bawang
  3. Masukan Cili
  4. Tunggu cili masak
  5. Masukan Air Asam Jawa
  6. Masukan Udang
  7. Tunggu mendidih masukkan garam & gula
  8. Masak dalam 30 -45 mnt.


Roti Jala

BAHAN
  • Tepung Gandum
  • Santan
  • Garam
  • Air
CARA 

  1. Campurkan kesemua bahan
  2. Gaul sebati
  3. Kisarkan supaya tepung halus
  4. Jalakan hingga masak
  5. Gulung / Bentukkan
* Sesuai dimakan bersama Kuah Kari*


Jumaat, 4 Januari 2013

Jejari Ketam Bersos

BAHAN
  • Jejari Ketam
  • Sos ( Cili / Tomato )
  • Bawang Merah & Putih ( Hiris )
  • Garam
  • Gula
  • Cuka ( satu sudu besar )
CARA
  1. Tumiskan bawang.
  2. Masukkan cuka & sos.
  3. Masukkan Jejari ketam
  4. Mendidih masukkan garam, gula.


Kari Pisang

BAHAN 
  • Pisang ( Jenis Kari )
  • Rempah Kari
  • Daun Kari
  • Bawang Merah & Putih ( Kisar )
  • Santan / Susu Cair
  • Ayam ( potong kecil )
  • Garam , Gula
CARA
  1. Rebuskan Pisang hingga hampir empuk.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang.
  3. Masukkan rempah kari & daun kari, Masak rempah sampai garing
  4. Masukkan Ayam dan sedikit air.
  5. Masukan Santan
  6. Masukkan Pisang
  7. Masukkan garam, gula
  8. Masak hingga mendidih.


Roti John Ayam

BAHAN :~
  • Telur
  • Ayam ( Dadu, isi sahaja )
  • Bawang Besar ( Hiris )
  • Sos
  • Mayonis
  • Serbuk Lada Hitam
  • Roti Panjang dan dibelah bahagian tengahnya
CARA :~
  1. Kacau telur bersama ayam, bawang besar, dan lada hitam.
  2. Letakkan bahan yang dikacau diatas roti
  3. Telingkupkan supayan telur masak
  4. Angkat & letakkan sos & mayonis diatasnya. 


Khamis, 3 Januari 2013

Otak Otak Udang

Bahan ~
  • Kelapa ( putih )
  • Udang Kecil ( 1/2 kg )
  • Tepung Ubi ( sedikit)
  • Cili
  • Kunyit
  • Garam & Gula
  • Daun Kunyit ( jika mahu )
  • Daun Pisang
Cara ~
  1. Masukkan kesemua bahan ( kecuali daun Pisang ).
  2. Mesinkan jangan terlalu halus
  3. Masukkan dalam daun pisang
  4. Bakar selama 10 - 15 mnt/ hngga masak.


Bubur Caca

Bahan ~
  • Caca 
  1. Tpg Gandum
  2. Tpg Pulut
  3. Tpg Ubi ( kalau nak )
  • Kuah
  1. Santan
  2. Gula Merah
  3. Esen Vanila
Caranya ~
  • Masukkan Air
  • Gula Merah. Tunggu hingga mendidih
  • Masukkan Santan & Caca
  • Kacau sampai mendidih.



Selasa, 1 Januari 2013

Kuih Dua Puteri Sebilik

Bahan ( Doh )
  1. Tepung Pulut
  2. Air Garam
  3. Daun Pisang

Bahan ( Inti )

  1. Kelapa
  2. Air Gula ( Merah )
Caranya :
Doh
  • Tepung Pulut , air garam campurkan
  • Gaul sehingga tidak melekat

Inti
  • Didihkan air gula merah
  • Masukkan kelapa
  • Tunggu sampai pekat
Cantumkan pulut yang mempunyai inti.
Bahagian bawah ( putih ) dileperkan.
Rebuskan sehingga ia timbul sendiri