Ahad, 31 Mac 2013

Roasted Chicken with Black Pepper


BAHAN
  • Ayam ( 4 -5 ketul )
  • Majerin
  • Madu ( Asli )
  • Sos Lada Hitam
  • Garam & Gula
  • Sos Tiram
  • Lada Hitam ( 1 Sudu ) - Ditumbuk jangan hancur
CARA
  • Perapkan Ayam bersama Sos Lada Hitam,  Sos Tiram, Madu, Garam & Gula. Perap selama 30 - 45 minit.
  • Panaskan alat pembakar / pemanggang. Letakkan majerin panggang Ayam hingga masak. Angkat Ayam dan taburkan Lada Hitam yang ditumbuk tadi. SELAMAT MENCUBA !!! =)

Jumaat, 29 Mac 2013

Asam Pedas Telur Tenggiri


Bahan :~
  1. Ikan Tenggiri ( 4 -5 keping )
  2. Telur Tenggiri ( 3 - 4 keping )
  3. Cili Kering ( Kisar )
  4. Bawang Merah & Putih ( Kisar )
  5. Lada Hitam ( 1 sudu kecil ) - Dtumbuk
  6. Serbuk Kunyit
  7. Air Asam Jawa ( 1 cawan Besar )
  8. Bendi ( 6 - 8 Batang )
  9. Halba
  10. Halia
Cara :~
  • Panaskan minyak masak untuk menumis. Masukkan bawang, halia dan halba. serta lada hitam. Biarkan seketika hingga agak garing. Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama serbuk kunyit. 
  • Masukkan Ikan Tenggiri bersama air asam jawa. 
  • Tunggu mendidih. Masukkan bendi tunggu mendidih seketika, masukan pula telur ikan tenggiri. Tunggu hingga kesemua bahan masak. SELAMAT MENCUBA !!! =)


Sour and Spicy Salad


Bahan 
  • Lobak Merah
  • Mangga (Muda)
  • Air Limau Nipis ( 4 -5 sudu besar )
  • Sos Sotong / sos ikan ( 1 sudu kecil )
  • Lada Hitam ( ditumbuk )
  • Cili merah dan hijau ( Hiris )
  • Gula, Garam, & Perasa
Cara 
  • Gaulkan kesemua bahan yang dihiris. Masukkan perahan air limau nipis.
  • Gaul rata. Biarkan seketika. Masukan garam, perasa dan gula. Masukan Sos Sotong serta cili merah dan hijau.
  • Taburkan serbuk lada hitam. SELAMAT MENCUBA !!! (^_^)

Khamis, 28 Mac 2013

Kerabu Mangga Bersantan


Bahan :
  • Mangga Muda ( 1 Biji ) - Hiris Halus 
  • Bawang Besar ( 1 biji )
  • Kerisik ( 4 sudu Besar )
  • Cili Padi ( 6 biji ) - Hiris
  • Belacan ( 1 sudu Besar )
  • Santan ( 200 gram )
  • Garam
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
Caranya 
  1. Hiris buah mangga tadi. Cucu dengan garam. Kemudian rendam dengan cuka untuk mengekalkan keranggupannya. Biarkan seketika.
  2. Hiris bawang dan cili padi. Sementara itu masak kerisik hingga garing kemudian ditumbuk tidak terlalu halus.
  3. Bakar belacan hingga keluarkan bau dan garing sedikit.
  4. Masukan mangga yang telah dibilas semula dan ditos, cili padi, bawang besar, kerisik, garam, perasa dan gula.Gaul sebati. Kemudia masukkan santan.
  5. Hidangkan mengikut kreativiti anda. SELAMAT MENCUBA !!! (^_^ )


Sabtu, 23 Mac 2013

Sotong Goreng Oat

Bahan 
  • Sotong ( Dihiris )
  • Tepung Gandum ( 3 sudu )
  • Tepung Ubi ( 2 sudu )
  • Tepung Jaggung ( 1 Sudu )
  • Daun Kari
  • Serbuk lada hitam ( 1 sudu )
  • Oat (3 sudu )
  • Garam, Perasa / Gula
  • Esen Vanilla
  • Serbuk Penaik ( 1 sudu teh )
  • Pewarna ( Kuning / digantikan dengan kunyit )
Cara
  1. Masukkan kesemua tepung bersama oat, serbuk lada hitam, esen vanila, garam , perasa, pewarna dan serbuk penaik serta sedikit air.
  2. Celupkan sotong satu persatu dan goreng hingga kuning keemasan serta garing.
  3. Toskan dahulu. Hiaskan sotont tadi bersama daun kari. SELAMAT MENCUBA !!! =)


Selasa, 19 Mac 2013

Tauhu Bakar Berkuah


Bahan 
  • Tauhu 
  • Kacang Panjang ( hiris halus / sederhana )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Gula
  • Garam
  • Air Asam Jawa
Caranya 
  • Tauhu digoreng hingga kuning keemasan. Bakar tauhu hingga garing sedikit.
  • Asingkan. Sementara itu, panaskan air hingga mendidih untuk mencelur kacang panjang.
  • Ambil tauhu yang telah siap dibakar, belah ditengah dan masukkan kacang panjang tadi.
  • Kuahnya pula sediakan periuk. Masukan Cili, Gula, Garam dan Air Asam jawa. Gaulkan. Kemudian didihkan kuah supaya masak. SELAMAT MENCUBA !!! 


Isnin, 18 Mac 2013

Dagging Bakar Air Asam


Bahan 
  • Daging ( Direbus & dibakar bersama lada hitam yang ditumbuk serta gaul rata )
  • Lada Hitam ( Tumbuk ) - Tidak terlalu lumat
  • Air Asam Jawa
  • Bawang Besar ( dadu )
  • Cili Padi ( 20 batang ) ~ Hiris 
  • Garam
  • Perasa
Caranya 
  1. Sediakan dagging yang telah dibakar. Asingkan.
  2. Masukan air asam jawa, cili padi, bawang besar, garam dan perasa. Gaulkan.
    1. Setelah digaulkan masukkan ke dalam daging yang dibakar. SELAMAT MENCUBA !!!


Khamis, 14 Mac 2013

Ikan Termenung Spicy Ma'are


Bahan :~
  • Ikan Termenung/Kembung (Panggang )
  • Kunyit
  • Garam
  • Perasa ( Ajinomoto ) ~ Jika mahu.
  • Minyak Masak
  • Air Asam Jawa
  • Cili Padi ( 20 biji ) ~ Jika mahu pedas ( Hiris )
  • Bawang Besar ( Dadu )
  • Tomato ( 1 Biji ) ~ Dadu
  • Halia ( Hiris nipis )
Caran :~
  • Gaulkan dan Perap Ikan bersama kunyit & garam. Panggang hingga masak dengan merenjis minyak sediky demi sedikit..
  • Sementara Ikan masak, gaulkan air asam bersama bawang, cili padi, halia, tomato, garam, perasa.
  • Apabila Ikan sudah masak, masukkan air asam yang telah siap di gaul.
  • Biarkan beberapa minit sebelum makan supaya kesemua bahan diserap ke dalam Ikan utk mendapatkan rasa yang menarik.
# Selamat Mencuba !!! # (^_^)


Ahad, 10 Mac 2013

Ayam Percik Persona


Bahan 
  • Ayam ( 5 - 6 ketul )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Madu (Asli )
  • Serai ( 2 batang ditumbuk )
  • Halia ( tumbuk )
  • Bawang Putih & merah ( tumbuk )
  • Kicap ( 1 sudu teh )
  • Sos Tiram ( 1 sudu teh )
  • Santan
  • Garam , Perasa & Gula.
Cara 
  • Perap ayam bersama cili, madu, serai ( satu batang sahaja ), halia, bawang merah & putih serta gula.
  • Sementara tunggu perapan sebati, sediakan bekas. Gaulkan cili, serai ( 1 batang ), halia, bawang merah dan putih, gula, garam , perasa serta santan.
  • Bakar / Panggang ayam yang telah diperap selama 30 - 45 mnit tadi. Kemudia apabila ayam sudah masak asingkan kedalam pinggan lain. 
  • Masak bahan yang digaul sebagai kuah untuk ayam percik.
  • Masak kuah ayam percik sehingga pekat sedikit.
# SELAMAT MENCUBA ! # (^^,)

Sabtu, 9 Mac 2013

Tomyam Campur ala Thai

Bahan 
  • Pes Tomyam ( Thai )
  • Ayam ( Dadu )
  • Udang 
  • Sotong ( Hiris )
  • Lobak Merah
  • Bunga Kobis
  • Daging
  • Serai ( 3 batang )
  • Cili Padi ( 10 biji / lebih )
  • Bawang Besar & Putih 
  • Daun Limau Purut 
  • Tomato
  • Air Limau ( Thai )
Caranya
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih.
  • Masukkan sebatang serai. Tumiskan hingga naik bau. Masukan pes tomyam. Biarkan hingga sedikit garing.
  • Masukan ayam,udang.sotong,daging & lobak merah. Tunggu hingga empuk.
  • Masukan serai 2 batang. Masukan daun limau purut, air limau dan cili padi setengah.Tunggu seketika.
  • Masukan bunga kobis. Masukkan tomato dan lebihan cili padi. Biarkan 10 minit. 
~ Selamat Mencuba... ~ (^_^)


Khamis, 7 Mac 2013

Cencaru Bakar Air Asam

Bahan :~
Perapan Ikan / Ikan Bakar
  • Ikan Cencaru ( 1 ekor )
  • Cili Kering ( Kisar) 
  • Bawang Merah + Bawang Putih ( Kisar )
  • Garam ,Gula, Perasa
  • Sos Tiram ( 1 sudu kecil )
  • Kicap (pekat / biasa ) - 2 sudu Besar
Air Asam
  • Bawang Besar ( Dadu )
  • Cili Padi ( Hiris )
  • Garam, Gula , Perasa
  • Perahan Limau nipis / Limau Kasturi 
  • Kicap
Cara : ~
  • Gaulakan kesemua bahan diatas. Perap selama 30 - 45 minit. Bakar hingga ikan masak.
  • Seterusnya air asam. Gaulkan sebati.


Ahad, 3 Mac 2013

Gulai Nangka Daging


Bahan 
  • Nangka
  • Daging
  • Rempah Kari 
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Halba
  • Bawang Besar (Bombay ) Sebiji (Hiris)
  • Bawang Merah + Putih (Kisar)
  • Daun Kari
  • Halia ( Hiris)
  • Santan ( 1 biji/ 1 kotak )
  • Daging
  • Cili Kisar (1 sudu teh)
Cara 
  1. Rebus Nangka & Daging hingga empuk.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, daun kari, kulit kayu manis, halba & Bunga lawang.
  4. Masukkan rempah kari bersama cili kisar. Tunggu hingga garing.
  5. Masukan Nangka dan Daging. Masuk sedikit air. Tunggu mendidih seketika. Masukan Santan. Tunggu mendidih ( kacau supaya santan tidak pecah / naik minyak.
  6. Masak sehingga 30 - 45 minit.


Sabtu, 2 Mac 2013

Asam Pedas Ikan Nyok-Nyok


BAHAN ( 5 - 6  ORANG )
  • IKAN NYOK-NYOK
  • CILI KISAR ( 2 / 3 CAWAN )
  • BAWANG MERAH DAN PUTIH ( HIRIS / KISAR )
  • HALBA
  • KULIT KAYU MANIS (1)
  • BUNGA LAWANG (1)
  • AIR ASAM JAWA
  • BUNGA KANTAN
  • SAWI MASIN
  • GARAM
  • GULA / PERASA
CARANYA 
  1. PANASKAN MINYAK. TUMISKAN BAWANG, KULIT KAYU MANIS, HALBA & BUNGA LAWANG HINGGA BERBAU.
  2. MASUKAN CILI KISAR. TUNGGU HINGA CILI MASAK & GARING SEDIKIT.
  3. MASUKAN IKAN NYOK-NYOK, SAWI MASIN & BUNGA KANTAN
  4. TUNGGU MENDIDIH. MASUKAN GARAM, GULA/PERASA.
  5. MASAK DALAM 20 MINIT. KEMUDIAN HIDANGKAN.
# SELAMAT MENCUBA # =(^_^)Y