Ahad, 30 Jun 2013

Puding Roti Bakar Buah dengan Biskut Ranggup


Bahan 

PUDING ROTI
  • Roti Putih ( 4 - 5 Keping )
  • Telur ( 4 Biji )
  • Susu UHT ( 1 Cawan )
  • Gula Halus ( 1 Cawan )
  • Kismis ( 2 sudu Besar )
  • Anggur ( 4 biji )
  • Oren ( 1 Biji )

BISKUT

  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Marjerin ( 1/2 cawan )
  • Gula Pasir ( 1 Cawan )
Cara
Puding Roti
  • Rendam roti dengan susu selama setengah jam. Kemudian campurkan telur + gula halus.
Biskut
  • Campurkan tepung gandum + marjerin + gula pasir. Gaul dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Cara
  • Letakan bahan yang dicampurkan kemudian letakan roti yang telang direndam diatasnya bersama oren dan anggur.
  • Bakar dalam ketuhar dalam 180 darjah celcius selama 40  minit. 
  • Kemudian doh tadi dileperkan dan dibakar selama 30 minit pada suhu yang sama.
  • Setelah puding siap dibakar hiaskan dengan buah-buahan seperti anggur dan biskut.

Donut


BAHAN
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Marjerin ( 3 sudu Besar )
  • Gula Kastor
  • Garam
  • Air
  • Soda berkarbonat atay yis ( salah satu)
Cara :~

Doh
  • Tepung Gandum + Majerin + Garam + Gula + Air digaul hingga menjadi doh.
  • Bentukkan mengikut citarasa anda.
Kemudian panaskan minyak. Perlahankan api supaya doh yang digoreng masak..
Kemudia angkat dan gaulkan bersama gula kastor.


Sabtu, 29 Jun 2013

Sambal Lemak Pucuk Kaduk


Bahan
  • Cili Kering Kisar ( 1 Mangkuk Besar  )
  • Bawang Putih dan Merah ( Kisar )
  • Pucuk Kaduk 
  • Santan ( 1 Biji )
Caranya
  • Masukan Bawang merah dan putih + cili kisar + dan sedikit air. Didihkan seketika ( tak perlu ditumis )
  • Kemudian masukkan pula santan. Gaul sebati tunggu hingga mendidih dan santan tadi mengeluarkan minyak. 
  • Kemudian masukkan pucuk kaduk tunggu mendidih sekali lagi. 



Mini Mango Pavlova


Bahan
  •  Telur ( Putih sahaja ) - 4 Biji (gred A)
  • Mangga ( Hiris / dadu ) - 1 Biji
  • Gula Kastor ( 2 Sudu Besar)
  • Perahan Jus Lemon ( 1 Sudu Besar) 
  • Tepung Kastard ( 2 Sudu Besar )
  • Majerin ( 3 Sudu Besar )
Caranya
  • Putar Putih telur hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit gula. Masukan perahan jus lemon. Kemudian telingkupkan mangkuk supaya putih telur benar-benar kembang. Jika ia tidak jatuh maknanya ia sedia utk dibakar.
  • Sapukan marjerin atau gunakan kertas pembakar kerana ia akan melekat di permukaan. 
  • Letakkan adunan pada jarak yang jauh kerana ia akan naik dan mengembang.
  • Kemudian bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 - 40 minit. 
  • Sementara adunan dibakar, sediakan sos kastard. Letakan marjerin tunggun separa cair masukkan tepung kastard dengan air supaya ia tidak pekat. Kacau pada api perlahan.
  • Kemudian angkat dan sejukkan.
  • Apabila adunan tadi siap dibakar. Keluarkan. Biarkan seketika. Hiaskan dengan sos kastrd tadi bersama buah mangga diatasnya.


Khamis, 20 Jun 2013

Mini Butter & Choclate Scones


Bahan
  • Tepung Gandum ( 2 Cawan ) - Diayak 
  • Butter (boleh juga guna marjerin ) - ( 1/2 Cawan )
  • Susu kotak UHT ( agak-agak )
  • Esen Vanilla ( 1 Penutup )
  • Gula Kastor ( 1 cawan )
  • Soda Berkabonat ( 1 sudu Kecil )
  • Serbuk Penaik (Baking Powder ) - 1 Sudu Besar
  • Serbuk koko
  • Coklat - Nutella
Cara
  • Tepung Gandum di gaul dengan butter (didadu ) hingga sebati dan gembur. Masukan pula esen vanilla, soda berkabonat dan serbuk penaik. Gaulkan hingga rata.
  • Masukkan pula susu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
  • Bahagi doh menjadi 2.. Masukan serbuk koko dan uli sebati.
  •  Biarkan sekejap dalam 10 minit.
  • Sapukan dulang pembakar dengan marjerin dan ratakan. Bentukkan doh tadi bulat dan sebesar 2 - 4 cm. 
  • Letakan doh dalam dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit. Jika tidak masak sepenuhnya bakar lagi
  • Kemudian angkat dan belah bahagian tengan scones. 
  • Sapukan coklat atau apa sahaja yang anda suka.
Selamat Mencuba ! =)


Rabu, 19 Jun 2013

Kuih Ketayap


BAHAN

Kulit 

  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Pewarna Hijau
  • Minyak masak / Santan ( 2 sudu Besar )
  • Air
Inti
  • Kelapa Parut ( 1 Cawan )
  • Gula Merah ( 3 Sudu Besar )
  • Air
  • Daun Panda ( Simpul)
  • Gula Pasir (secukup rasa )
CARA
  • Gaulkan tepung dengan kesemua bahan . Kisar 10 minit supaya halus.
  • Masakan inti. Masukan air biasa 1 1/2 cawan dengan Gula Merah. Biarkan cair. Kemudian masukan gula pasir dan kelapa. Biarkan hingga pekat dan kering. Biarkan ia sejuk.
  • Canai tepung tadi berbentuk bulatan dan nipis.
  • Angkat dan letakkan kelapa didalamnya. Gulungkan.
Selamat Mencuba !!


Selasa, 18 Jun 2013

Ayam Bakar dengan Krim Cendawan Berkeju







Bahan 

  • Ayam ( Dada )
  • Majerin ( 2 Sudu Besar )
  • Serbuk Ladi Hitam
  • Biji Lada Hitam ( Tumbuk Kasar )
  • Gula Merah
  • Garam
  • Perasa ( Ajinomoto )
  • Gula Pasir 
  • Kentang ( 1 Biji )
  • Sos Cendawan Berkeju Segera ( 1 Paket ) - Cambell's
  • Brokoli
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
Cara
  • Ayam digaulkan bersama serbuk lada hitam. Campurkan dengan garam,gula merah, perasa dan gula pasir.
  • Biarkan ayam seketika (10 minit ). Kemudian sapukan dulang pembakar dengan marjerin. Letakkan Ayam tadi dengan cebisan manjerin dan taburkan biji lada hitam yang telah ditumbuk. Letakkan juga kentang yang telah dipotong. Bakar pada suhu 150 darjah celcius. Haba atas dan bawah selama 40 - 50 minit. Setelah itu, jika ayam tidak masak atau kentang tidak empuk masak semula pada suhu yang sama tetapi masa yang berlainan antara 10 -  15 minit.
  • Setelah Ayam masak. Letakkan bawang putih dan merah. Bakar seketika (5 minit )
  • Kemudia masakan krim cendawan dengan brokoli. 
Selamat Mencuba... !! =)

Sabtu, 15 Jun 2013

Lempeng Gulung


BAHAN

Lempeng
  • Tepung Gandum ( 4 sudu Besar )
  • Air
  • Garam
Inti
  • Burger Ayam / Isi Ayam Kisar
  • Bawang Merah & Putih (kisar)
  • Telur ( 1 biji )
  • Rempah Kari ( 2 Sudu Besar )
  • Cili Kering (kisar) - 1 Sudu
  • Garam
  • Gula
  • Air (secekupnya)
CARA

Lempeng
  •  Gaulkan kesemua bahan
  • Canaikan dalam kuali
  • Angkat dan biarkan seketika
Inti
  • Panaskan minyak. Tumiskan sedikit bawang merah dan putih.
  • Masukan rempah kari dan cili kisar tadi.
  • Biarkan sebentar supaya rempah masak. Masukan sedikit air.
  • Masukan Burger Ayam (dadu). Biarkan hingga kesemua bahan sebati.
  • Pecahkan telur. Gaulkan rata.
Kemudian ambil lempeng tadi. Letakan inti diatasnya. 
Gulungkan.

 ~~Selamat mencuba ~~ =))


Jumaat, 14 Jun 2013

Mee Hoon Udang


BAHAN
  • Mee Hoon ( 1 Paket )
  • Udang (saiz kecil ) 
  • Cili Kering (Kisar) - 3 sudu Besar nak pedas boleh tambah.
  • Ayam (Isi sahaja) 
  • Garam
  • Perasa
  • Kicap ( agak2)
  • Bawang Merah & Putih (Kisar / Tumbuk )
Caranya
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih hingga berbau wangi.
  • Masukan Cili Kering yang siap dikisar. Biarkan cili agak garing. Masukan isi ayam dan udang tadi.
  • Masukan kicap. Tuangkan sedikit air (jika mahu) .
  • Masukan Mi hoon. Gaul rata,,
SELAMAT MENCUBA !!! (^__^)



Rabu, 5 Jun 2013

Tauhu Sumbat dengan Kuah Kacang


BAHAN
  • Tauhu ( 4 )
  • Kacang Tanah ( Goreng dengan minyak )
  • Lobak Merah ( hiris )
  • Timun ( Hiris )
  • Kacang Panjang ( hiris )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Bawang Merah dan Putih ( Kisar )
  • Gula Pasir ( 2 sudu Besar )
  • Gula Merah ( 1 sudu Kecil )
  • Garam ( secubit )
  • Air Asam Jawa ( 2 sudu Besar )
CARA 
  1. Tauhu digoreng dahulu. Kemudian toskan.
  2. Celur timun, lobak merah dan kacang panjang. Biarkan seketika.
  3. Kemudian masak kuah kacang. Sediakan mangkuk, masukan cili, gula pasir, gula merah, bawang merah dan putih, air asam jawa. Gaulkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan didihkan. Kemudian masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar.
  4. Tauhu dibelah bahagian tengah dan sumbatkan bahan yang yang telah dicelur.
Selamat Mencuba !! (^_^)


Isnin, 3 Jun 2013

Bebola Ayam parutan Oren dengan Sos Lada Hitam


BAHAN
  • Isi Ayam ( Kisar ) ( 1 Mangkuk )
  • Tepung Campuran ( 3 Sudu Besar )
  • Garam ( secukupnya )
  • Serbuk Lada Hitam ( 1 Sudu Kecil )
  • Sos Lada Hitam
  • Parutan Kulit Buah Oren
CARA
  1. Campurkan isi ayam + tepung campuran (2 sudu ) + Garam + Serbuk Lada Hitam + Parutan kulit Oren
  2. Gaulkan kesemua bahan. Kemudian golekan bebola dengan lebihan tepung (1 sudu ) . Goreng bebola hingga kuning keemasan.
  3. Angkat bebola & asingkan.
  4. Panaskan Sos Lada Hitam dengan sedikit air. Didihkan hingga pekat. 
  5. Masukan bebola tadi dan gaul sebati.
SELAMAT MENCUBA !!!


Kek Lapis Masam Manis dengan Oreo


Bahan 
  • Tepung Gandum (1 Cawan setengah ) - Ayak dahulu supaya tepung ringan
  • Majerin ( 1 Mangkuk )
  • Telur ( 4 biji ) saiz A
  • Esen Vanilla ( 1 sudu kecil )
  • Hawflakes ( 2 paket )
  • Biskut Oreo ( 1 paket )
  • Baking Powder  (1 Sudu Kecil)
  • Soda Berkabonat ( 1 sudu Kecil)
  • Gula ( 1 Mangkuk )
#kesemuanya menggunakan mangkuk saiz kecil #

Cara
  1. Masukan Majerin dan Gula. Putar hingga kembang dan keputihan.
  2. Masukan telur satu persatu dan esen vanila putar hingga sebati.
  3. Masukan pula Tepung Gandum sedikit demi sedikit.
  4. Asingkan tepung kepada tiga warna atau lebih mengikut citarasa anda.
  5. Panaskan oven 5 minit. 
  6. Sapukan permukaan loyang dengan majerin dan rata.
  7. Masukan tepung warna kuning dan letakkan hawflakes diatasnya.
  8. Bakar selama 15 mint pada suhu 170 c. Kemudian masukkan tepung lapisan kedua berwarna hijau ratakan dan letakkan biskut oreo. Bakar lagi.
  9. Akhir sekali masukan tepung warna merah dan ratakan. Letakan hawflakes diatasnya. Bakar selama 20 - 30 minit dalam 180'c.
  10. Anggaran masa kek dalam 2 -3 jam.
Selamat Mencuba ! =)


Ahad, 2 Jun 2013

Nasi Pandan bersama Rendang, Ayam Masak Merah & Acar Darat

Bahan

NASI PANDAN
  • Moghul Basmathi ( Beras )
  • Santan (1/2 Biji )
  • Daun Pandan
  • Air ( seceukupnya )
  • Garam
Cara 
  1. Masukan beras basmathi moghul + garam + santan + air & daun pandan
  2. Biarkan beras masak sepenuhnya
RENDANG AYAM
  • Ayam (1/2 Ekor )
  • Serai (1 Tangkai )
  • Lengkuas ( 5 cm )
  • Rempah Rendang
  • Bawang Merah dan Puith ( Kisar )
  • Santan ( 1 - 2 Biji Kelapa )
  • Cili Kering ( Kisar ) - 4 -5 Sudu )
Cara
  1. Masukkan Bawang Merah + Putih + Santan + Serai + Lengkuas + Rempah Rendang + Cili Kering.
  2. Masak hingga ia mendidih sedikit . Kemudian masukan Ayam kerana ayam mudah dimasak berbanding daging.
  3. Kacau setiap 15 - 20 minit. 
  4. Masak hingga sebati dan pekat. Kalau nak cair boleh juga ikut citarasa anda.
AYAM MASAK MERAH
  • Ayam ( 4 - 5 Ketul ) - Goreng dahulu
  • Cili Kering ( Kisar ) 
  • Bawang Merah dan Putih ( Hiris )
  • Gula
  • Garam
  • Sos Cili
Cara
  1. Tumiskan bawang merah & putih.
  2. Masukanc cili. Tunggu cili garing sedikit dan berubah warna (cili sudah masak ) .
  3. Masukan gula, sos cili dan garam secukupnya.
  4. Akhir sekali masukan Ayam yang telah digoreng, gaul rata.
ACAR DARAT 
  1.  Timun ( potong )
  2. Lobak Merah (potong )
  3. Bawang Merah ( Hiris )
  4. Cili Merah dan Hijau ( Hiris Nipis )
  5. Gula
  6. Cuka
Cara
  • Masukan timun + lobak merah + Bawang Merah + Cili Merah dan Hijau +Gula + Cuka.
  • Gaulkan sebati. Simpan dalam peti sejuk seketika bagi mendapat rasa yang enak.