Jumaat, 26 Julai 2013

Biskut Cornflakes dengan Oat

Bahan 
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Tepung Jagung ( 1 1/2 Cawan )
  • Marjerin ( 1/2 Cawan )
  • Telur ( Kuning sahaja ) - 1 Biji
  • Baking Powder ( Serbuk Penaik ) - 1 sudu kecil
  • Gula Kastor ( 1 Cawan )
  • Esen Vanilla ( 1 Penutup )
  • Perasa Ros ( 1/2 penutup )
  • Cornflakes ( 1 Mangkuk ) - Kisar
  • Oat ( 1/2 Cawan ) - Kisar
 Cara
  • Masukan Gula Kastor + Marjerin. Kacau hingga kembang.
  •  Kemudian kacau dengan kuning telur.
  • Masukan Esen Vanila + Perasa Ros + Tepung Gandum + Tepung Jagung + Baking Powder + Oat dan Conrnflakes.
  • Uli hingga menjadi doh. Kemudian terapkan mengikut citarasa anda.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 15 - 20 minit.

Khamis, 25 Julai 2013

Biskut koko bersama badam


Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Marjerin ( 2 Sudu Besar )
  • Telur ( 1 Biji ) - Kuning sahaja
  • Esen Vanillan ( 1 penutup )
  • Baking Powder/ Serbuk Penaik ( 1 sudu Kecil )
  • Tepung Jagung ( 1 1/2 Cawan )
  • Choclate Rice ( 1 Botol )
  • Gula Kastor (1 Cawan Besar )
  • Serbuk Koko ( 3 Sudu Besar )
  • Badam Hiris ) -Sangai dalam kuali 5 - 8 minit sahaja.
Cara
  • Putarkan marjerin + gula kastor hingga sedikit kembang.
  • Masukkan telur + esen vanilla + tepung gandum + tepung jagung + baking powder + serbuk koko.
  • Uli hingga menjadi doh.
  • Canai doh bulat kecil dan leperkan menggunakan garpu kemudian letakkan diatasnya badam dan choclate rice.


Honey Cornflakes


Bahan
  • Cornflakes ( Kepingan Jagung ) *saya guna kellogs*
  • Buah Ceri (dadu) (Merah & Hijau )
  • Marjerin ( 2 Sudu Besar )
  • Gula Kastor ( 3 Sudu Besar )
  • Madu ( 4 Sudu Besar )
  • Kismis 
Cara
  • Gaulkan corflakes dengan madu, gula kastor + ceri + kismis
  • Kemudian masukkan dalam bekas
  • Panaskan oven 150 darjah celcius selama 10 minit.
  • Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 - 20 minit.



Isnin, 22 Julai 2013

Almond London


Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 Mangkuk Kecil )
  • Tepung Jagung (1 1/2 Mangkuk )
  • Telur (Kuning sahaja)
  • Esen Vanilla (1 Penutup penuh )
  • Serbuk Badam ( 4 - 5 sudu Besar )
  • Majerin ( 4 sudu Besar )
  • Gula Kastor ( 1 Mangkuk )
  • Coklat Nutella ( 7 - 8 Sudu Besar ) *nak guna cooking choclate pun boleh*
  • Krim Keju ( Cream Chesse ) *Hiasan
  • Badam ( Kisar ) *Hiasan
  • Badam ( 500 gram )*diletak dalam doh
Cara
  1. Putarkan Majerin dan Gula kastor hingga sebati tak perlu putar hingga kembang.
  2. Masukan telur + esen vanilla. Gaulkan.
  3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + serbuk badam. Uli hingga menjadi doh & tidak melekat pada tangan. Jika doh masih melekat tambahkan tepung jagung.
  4. Betukan doh mengikut saiz kesukaan anda. Kemudian masukan juga badam didalamnya.
  5. Panaskan oven selama 5 - 8 minit (160 darjah celcius).
  6. Sapukan majerin diatas dulang pembakar. Letakkan doh tadi.
  7. Bakar kuih antara 15 - 20 minit * 180 darjah celcius.
  8. Apabila masak. Biarkan ia sejuk seketika.
  9. Masakan coklat + air 2 - 3 sudu besar sahaja(Nutella) . Jika cooking choclate cairkan coklat secara double boiling.
  10. Kemudian celupkan biskut kedalam coklat & letakan didalam bekas mengikut citarasa anda.
  11. Hiaskan biskut tadi dengan cream chesse dan badam. *Hiasan terpulang pada anda*
SELAMAT MENCUBA !!


Donut Aneka


Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 1/2 mangkuk )
  • Yis (1 Paket )
  • Garam
  • Gula ( 1 Sudu Besar )
  • Marjerin ( 2 Sudu Besar )

    Hiasan ( Mengikut citarasa anda )
  • Badam (Hiris)
  • Gula manik (koko)
  • Coklat (cairkan )
  • Krim Chese (Hijau / Putih )

    Cara
  • Campurkan Tepung Gandum + Majerin + Yis + Garam + Gula
  • Uli rata hingga jadi doh. Bentukkan donut. Biarkan selamat 5 minit.
  • Panaskan minyak. Goreng donut dengan api perlahan.
  • Apabila sejuk hiaskan donut tersebut mengikut citarasa anda.

Sabtu, 20 Julai 2013

Biskut Buah Campuran

Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan )
  • Tepung Jaggung ( 1 1/2 Cawan ) 
  • Telur ( Kuning sahaja ) - 1 Biji
  • Esen Vanilla ( 1 Penutup )
  • Ceri ( 1/2 Paket ) Hijau dan Merah
  • Kismis ( 2 Kotak kecil ) - Hiris
  • Kelapa Kering ( Jika mahu ) memberi rasa lemak...
  • Gula Kastor ( 1 Cawan ) nak manis tambah...
  • Marjerin ( 1/2 Mangku )

    Caranya
  • Putarkan gula kastor + marjerin hingga kembang. 
  • Masukan kedua-dua tepung gaulkan hingga rata.Kemudian masukkan Esen Vanilla.
  • Uli hingga menjadi doh campurkan dengan kismis + kelapa kering + ceri.
  • Bulatkan doh dan masukkan dalam acuan . Tekan sedikit seerta cucuk dengan lidi atau garpu supaya dalamnya masak.
  • Bakar dalam suhu 160 hingga 180 darjah celsius  (Atas & Bawah ) selama 15 - 20 minit. Kalau tidak masak tambah masa 3 - 5 minit.

Biskut Kelapa Moden


Bahan 
  • Tepung Gandum ( 1 Cawan ) (Ayak)
  • Tepung Janggung ( 1 1/2 Cawan ) (Ayak )
  • Gula Kastor ( 1 Cawan ) - Nak manis boleh tambah gula... =)
  • Marjerin ( setengah mangkuk )
  • Ceri ( Hiasan ) nak guna bahan lain pun boleh =)
  • Kelapa Kering (Paket ) (1/2 Mangkuk ) 
  • Esen Vanila (1 penutup)
  • Esen Rose (setengah penutup)
Cara
  •  Putar merjerin bersama gula kastor hingga kembang ( Keputihan sedikit )
  • Kemudian gaul tepung gandum dan tepung jaggung serta kelapa kering. Uli dengan tangan hingga menjadi doh.
  • Rehatkan doh 10 minit.  Kemudian canaikan doh jangan terlalu nipis (agak-agak)
  • Sapu marjerin di permukaan dulang. Letakkan biskut tadi.
  • Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 - 20 minit.

Ahad, 14 Julai 2013

Nasi Beriyani Cerry


Bahan
  • Beras Mathi (Mongul atau sebagainya )
  • Sup Bunjut 
  • Rempah Beriyanai ( jenama kesukaan anda )
  • Buah Ceri ( Hijau dan Kuning ) - Racik 
  • Air secukupnya
Cara
  • Basuhkan beras dengan bersih.
  • Tuniskan rempah beriyani biarkan hingga naik baunya.
  • Masukkan pula beras dan air secukupnya
  • Apabila nasi masak masukan buah ceri dan gaul sebati.

Isnin, 8 Julai 2013

Red Velvet Cake



Bahan
  • Tepung Gandum ( 1 1/2 Cawan )
  • Gula Kastor ( 1 1/2 Cawan )
  • Telur ( 4 Biji )
  • Esen Vanilla ( 2 Penutup )
  • Mentega ( Butter ) - 100 Gram
  • Cuka Putih ( 1 Sudu Besar )
  • Serbuk Koko ( 1 Sudu Kecil )
  • Pewarna Merah Terang ( 1 Sudu Besar )
  • Krim Keju ( Creame Cheese ) - 100 Gram
  • Gula Ising ( 1 Cawan )
  • Gula manik pelangi (utk hiasan)
  • Biskut Bangkit Segera (1 paket ) (Hiasan) *nak guna bahan lain selain ini juga dipersilakan*
Cara
  1. Putarkan Mentega + Gula Kastor hingga kembang ( keputihan ) .Apabila telah kembang masukkan pula telur satu persatu. Putarkan sederhana.
  2. Kemudian masukkan pula esen vanilla + cuka putih + serbuk koko. 
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar secara sederhana. 
  4. Masukan pula pewarna putar sebati. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 45 minit.
  6. Apabila kek siap dimasakan biarkan ia sejuk. Tekan kek dengan pinggan saiz lebar supaya kek sama rata.
Cara ( Krim Keju / Creame Cheese )
  1. Masukan cream cheese ( krim keju ) bersama gula ising. Putar sehingga ia kembang .
  2. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk untuk direhatkan seketika.
Ambil kek dan potong dibahagian tengah untuk meletakkan krim tadi. Sapu secara perlahan dan rata. Letakan pula gula pelangi diatasnya bersama biskut bangkit tadi. Anda juga boleh menghias kek mengikut citarasa yang diinginkan. (^_^)






Wajik Durian


Bahan
  • Pulut Susu ( 1/2 Kilo )
  • Santan ( 1 Biji )
  • Gula Pasir ( 3 Cawan )
  • Gula Merah ( 2 Cawan )
  • Daun Pisang (  5 Helai )
  • Daun Pandan ( 1 Helai ) 
  • Durian ( Isi Sahaja 5 - 6 Biji )
Cara
  • Kukus pulut  yang telah direndam semalaman dengan daun pisang selama 30 - 45 minit atau hingga masak.
  • Apabila pulut tadi masak biarkan seketika. Masukkan Air +Isi Durian + Daun Pandan + Gula Merah dan Gula Pasir. Biarkan ia cair dan sedikit mendidih. Apabila mendidih masukkan pula Santan. Biarkan ia mendidih dan kacau.
  • Selepas itu, masukkan pulut yang telah dikukus. Gaulkan hingga sebati dan likat.


Sabtu, 6 Julai 2013

Sata


Bahan 
  • Kelapa Parut ( 1/ 2 Biji )
  • Daun Kunyit ( Hiris ) - 1 Helai
  • Serbuk Kunyit
  • Daun Pisang
  • Garam  dan Gula
  • Cili Kering Kisar ( 1 sudu Besar )
  • Tepung Ubi ( 2 Sudu Besar )
  • Udang ( boleh juga menggunakan bahan selain udang )
Cara
  • Gaulkan Kelapa Parut + Daun Kunyit + Serbuk Kunyit + Cili Kering + Tepung Ubi + Udang + Gula + Garam.
  • Kisar sediktit jika mahu.  Buatkan acuan dengan daun pisang.
  • Kemudian Kukus selalam 30 - 35 minit.


Ikan Duri Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak


Bahan :
  • Ikan Duri ( 1 Ekor ) - Saiz sederhana - Goreng dahulu
  • Santan ( 1 Biji )
  • Tempoyak  ( 1 Mangkuk Kecil )
  • Cili Padi ( 5 - 10 Tangkai )
  • Garam / Gula / Perasa
  • Serbuk kunyit ( 1 sudu Kecil )
  • Bawang Merah & Putih ( 2 - 3 sudu besar )
Cara
  • Masukkan Air bersama bawang + serbuk kunyit + cili padi. Biarkan ia mendidih.
  • Kemudian masukan tempoyak. Tunggu mendidih seketika sahaja. Masukkan pula santan. 
  • Kacau supaya santan tidak pecah minyak dan masukkan Ikan duri yang telah digoreng. Kemudian masukan garam secukup rasa.
  • Biarkan seketika.




Rempeyek Rempah


Bahan
  • Tepung Beras ( 2 Cawan )
  • Santan ( 3 sudu Besar )
  • Telur ( 1 biji ) 
  • Kapur ( secubit )
  • Garam (secukup rasa )
  • Kacang Tanah ( 1 mangkuk kecil )
  • Ikan Bilis ( 1 mangkuk kecil )
  • Jintan Manis ( 3 sudu Besar )
Cara
  • Campurkan tepung beras + santan + garam + kapur dan air hingga sebati. Jangan terlalu cair.
  • Panaskan minyak . Kemudian letakkan tepung tadi diatas acuan . Kemudian letakkan kacang tanah + ikan bilis + jintan manis. 
  • Celupkan ke dalam minyak. Biarkan hingga ia terkeluar dengan sendiri daripada acuan.
  • Kemudian goreng hingga kuning keemasan.


Khamis, 4 Julai 2013

Kerabu Daun Kaduk


Bahan
  • Daun Kaduk ( 8 - 10 Helai )
  • Santan ( 5 - 6 sudu Besar )
  • Kerisik ( 2 Sudu Besar )
  • Bawang Besar ( Hiris )
  • Garam
  • Cili Padi ( 2 - 3 Batang ) (Hiris)
Cara
  1. Daun kaduk diredam dengan garam dan air panas. Biarkan seketika.
  2. Kemudian masukkan daun kaduk tadi dengan bawang besar, cili padi, santan, kerisik dan garam.
  3. Gaulkan sebati. 


Rabu, 3 Julai 2013

Ayam Goreng Rempah


Bahan
  • Ayam ( 4 -5 Ketul )
  • Rempah Kari ( 1/2 paket )
  • Cili Kering ( Kisar ) ( 2 sudu Besar )
  • Garam & Perasa secukup rasa
Cara
  • Gaulkan ayam dengan cili kering dan rempah kari. Perap selama 20 - 30 minit.
  • Campurkan dengan garan , gula atau perasa.
  • Goreng Ayam dengan api yang sederhana hingga garing.


Petola Goreng Telur


BAHAN 
  1. Petola ( 1 Biji )
  2. Telur ( 1 Biji )
  3. Bawang Merah & Putih (Kisar)
  4. Garam dan perasa
CARA
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih.
  • Kemudian masukan petola dan telur.
  • Gaulkan hingga rata.


Asam Pedas Ikan Pari


Bahan :~
  • Ikan Pari ( 1 Ekor )
  • Cili Kering ( Kisar )
  • Air Asam Jawa ( 2 - 3 Cawan )
  • Bendi ( 4 Batang )
  • Halba ( 1 sudu kecil )
  • Bawang Merah ( Hiris )
  • Bawang Putih (Hiris )
  • Halia ( 1 cm ) (Hiris)
  • Lada Hitam ( 5 - 6 biji ) (Tumbuk Kasar )
  • Serbuk Kunyit ( 1 Sudu Kecil )
  • Garam , Perasa atau Gula ( Ikut kesukaan anda )
Cara :~
  • Panaskan minyak. Tumiskan Bawang Merah & Putih bersama halba serta halia. Tunggu hingga naik baunya.
  • Masukkan Cili dengan kunyit dan lada hitam. Tunggu hingga cili masak dan agak garing sedikit.
  • Kemudian masukan Ikan Pari biarkan Ikan setengah masak sebentar.
  • Masukan pula Air Asam Jawa. Biarkan ia mendidih,apabila mendidih masukkan pula Bendi . Biarkan ia mereneh 20 - 30 minit.
  • Kemudian masukan garam dan perasa.

Isnin, 1 Julai 2013

Ikan Pari Bakar dengan Air Asam


Bahan 
  • Ikan Pari ( 1 Ekor )
  • Madu ( 1 Sudu Besar )
  • Garam
  • Gula Merah
  • Air Asam Jawa
  • Cili Padi (10 batang) - Hiris
  • Bawang Besar (1/2 Biji ( Dadu )
  • Tomato ( 1/2 Biji (Dadu)
Cara 
  1. Perapkan Ikan Pari dengan madu + gula merah + Garam selama setengah jam.
  2. Kemudian bakar ikan dengan api sederhana  10 - 15 minit.
  3. Sediakan air asam jawa dicampur dengan bawang besar , tomato dan cili padi. Gaul sebati dengan garam dan gula sedikit.


Sup Ikan Baru-Baru


Bahan :~
  • Ikan Baru-Baru ( 2 Ekor )
  • Air
  • Bawang Putih - 3 biji (Hiris )
  • Bawang Merah 1 biji (Hiris)
  • Halis ( 1-2 cm ) - Hiris
  • Kulit Kayu Manis - 1 Batang
  • Bunga Lawang (1 kuntum )
  • Halba ( 1/2 sudu kecil )
  • Buah Pelanga ( 4 biji)
  • Garam
  • Ajinomoto (jika mahu) / Gula
  • Tomato 2 biji - Hiris
  • Daun Sup ( 1 batang)
Cara:~
  • Tumiskan bawang merah + putih, kulit kayu manis, halia, bunga lawang, buah pelaga dan halba.
  • Apabila kesemua bahan berbau wangi masukan pula Ikan Baru-baru bersama Air.Air ikut kesesuaian samada dalam 3 -4 mangkuk air (mangkuk besar).
  • Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan garam,gula atau ajinomoto.
  • Kemudian masukan tomato & daun sup.